10 Cara Mudah Menghilangkan Tumit Pecah Dan Berkerak

Menjaga tumit kaki sememangnya agak sukar terutama bagi mereka yang kerap berjalan kaki. Tumit yang pecah-pecah boleh mencacatkan penampilan tidak kira sama ada bagi wanita atau lelaki. Tumit yang pecah adakalanya menyebabkan kita rasa malu untuk membiarkannya terdedah dan dilihat oleh orang lain.

Bagi mereka yang menghadapi masalah tumit pecah dan berkerak, usah biarkan penampilan anda cacat. Ada beberapa semulajadi yang boleh diamalkan untuk menghilangkan tumit pecah. Amalkan petua ini secara konsisten untuk melihat keberkesanannya terhadap tumit yang pecah.

1. Air Rendaman Campuran Listerine dan Cuka

Cara : Sediakan campuran Listerine, cuka dan air untuk rendaman kaki. Rendam kaki selama 15 minit. Selepas itu, sental bahagian tumit menggunakan batu apung untuk mengeluarkan kulit mati. Bilas dengan air bersih dan lap sehingga kering. Ulangi langkah ini sehingga anda nampak perubahan pada tumit. 

Listerine : Mengandungi unsur alkohol untuk rawatan fungus. 

Cuka : Mengandungi unsur asid untuk pengelupasan kulit mati.

2. Skrub Campuran Tepung Beras, Cuka dan Madu

Cara : Sediakan campuran tiga sudu tepung beras, satu sudu madu dan cuka. Rendam kaki dalam air suam selama 15 minit. Seterusnya, sental tumit menggunakan campuran skrub untuk menanggalkan kulit mati.

Madu :  Antiseptik semulajadi untuk kulit. 

Cuka : Menyingkirkan kulit mati dan menggalakkan penggelupasan. 

Tepung Beras : Membersih dan meneutralkan kulit. 

3. Pisang Yang Telah Masak

Cara : Pilih dua biji pisang yang telah masak. Lenyek pisang sehingga hancur. Sapukan pada pada bahagian tumit dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air bersih dan lap sehingga kering. Ulangi langkah ini setiap kali sebelum tidur dan sehingga rekahan dan kotoran pada tumit pecah berkurangan.

Pisang : Mengandungi vitamin A, B6 dan C yang dapat membantu melembapkan kekeringan dan rekahan pada tumit.

4. Rendaman Campuran Madu dan Air Suam

Cara : Campur dua sudu besar madu dalam air suam untuk rendaman kaki. Rendam kaki selama 20 minit dan gosok tumit perlahan-lahan menggunakan batu apung.

Madu : Antiseptik semulajadi untuk kulit. Ia mudah meresap ke bahagian luaran kulit untuk proses penyembuhan 

5. Sapu Dengan Minyak Sayuran

Cara : Sapu bahagian tumit yang rosak dengan minyak sayuran sebelum tidur. Sarungkan stoking pada kaki semasa tidur. Biarkan semalaman dan kemudian cuci sebersihnya dengan air bersih.

Minyak Sayuran : Minyak dapat melembapkan kulit dan mengurangkan kesan rekahan. Ia mengandungi A, D dan E yang dapat menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baharu.

6. Sapu Dengan Gel Tiger Balm Atau Vicks Vapo Rup

Cara : Sebelum tidur malam, sapu salah satu gel ubat ini di bahagian tumit dan urut dengan lembut. Pakai stoking semasa tidur dan biarkan semalaman. Keesokan harinya, cuci sebersihnya menggunakan air suam. Lakukan ini setiap kali sebelum tidur malam.

Gel Tiger Balm / Vicks Vapo Rup : Unsur minyak dan mentol dapat memberikan kesan penyejukan dan mengurangkan kekeringan pada tumit merekah.

7. Sental Dengan Campuran Soda Bikarbonat dan Air

Cara : Bancuh tiga sudu soda bikarbonat dalam air suam. Rendam kaki selama lebih kurang 20 minit. Kemudian sental bahagian tumit dengan batu apung untuk menanggalkan sel-sel kulit mati.

Soda Bikarbonat : Berupaya menyingkirkan kulit mati dan merupakan agen anti radang yang baik untuk kulit.

8. Sapu Dengan Gel Aloe Vera

Cara : Sebelum tidur malam, rendam kaki selama lebih kurang 20 minit dalam air suam. Lap kaki menggunakan tuala sehingga betul-betul kering. Sapu rata bahagian tumit menggunakan gel aloe vera. Pakai stoking sebelum tidur. Keesokan paginya, bilas da cuci tumit dengan air bersih.

Aloe Vera : Aloe vera mengandungi unsur beta karotin, vitamin C dan E dan beberapa jenis unsur lain yang berkesan sebagai agen anti-oksida, rawatan radang kulit dan bahan antiseptik. 

9. Vaselin dan Jus Lemon

Cara : Sebelum tidur, rendam kaki dalam air suam selama lebih kurang 20 minit. Kemudia lap kaki sehingga kering. Ambil satu sudu kecil vaselin dan titis dengan sedikit perahan air lemon. Kacau campuran ini kemudian sapulah pada bahagian tumit yang mereka. Pakaikan stoking dan biar semalaman. Bilas keesokan paginya menggunakan air suam.

Vaselin :  Untuk kelembapan kulit

Jus Lemon :  Untuk penggelupasan dan pertumbuhan sel kulit baharu.

10. Air Rendaman Garam Epsom

Garam epsom juga dikenali sebagai magnesium sulfat. 

Cara : Tambah setengah cawan garam epsom ke dalam air suam. Kacau sehingga garam sebati dengan air. Kemudian, rendam kaki dalam air selama kira-kira 20 minit. Sental tumt dengan perlaha-lahan menggunakan batu apung untuk menyingkirkan kulit mati.

Garam Epsom : Mengurangkan keradangan dan melembutkan kulit. Garam sulfat dapat menyingkirkan kekotoran degil yang yang melekat pada rekahan kulit dan menyingkirkan kulit mati. 

Facebook Comments