10 Tempat Makan Di Langkawi Paling Popular Anda Mesti Pergi

Salah satu aktiviti menyeronokkan saat melancong ke Langkawi ialah memburu tempat makan yang sedap. Tidak sah melancong dalam negara jika tidak merasai keenakan masakan unik bagi setiap negeri. Ini termasuklah Langkawi.

Langkawi lebih terkenal dengan lokasi membeli belah pelbagai jenis coklat dengan harga yang murah. Sambil jalan-jalan dan membeli coklat di Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan di beberapa lokasi restoran yang terkenal dan sedap di Langkawi.

1. Nasi Dagang Pak Malau

Restoran ini terkenal bukan sahaja kerana menyajikan nasi dagang yang enak. Ia dikunjungi ramai pelanggan kerana suasana persekitaran restoran yang begitu mendamaikan dalam kampung yang dikelilingi oleh sawah padi. Pelanggan dapat menikmati nasi dagang yang disajikan dengan lauk nasi dagang seperti gulai ayam, gulai ikan dan ayam goreng.

Alamat : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Buka : Rabu – Isnin (Tutut hari Selasa) , 8.00 pagi – 2.00 petang

 

2. Restoran Siti Fatimah

Menyajikan pelbagai lauk pauk masakan kampung menyelerakan seseperti ulam-ulaman, ikan bakar cecah kuah asam, pelbagai masakan gulai dan lain-lain. Waktu terbaik untuk menikmati masakan kampung ini ialah pada waktu makan tengah hari.

Alamat : Batu 5 1/4, Jalan Kampung Tok Senik, Kawasan mata Air, Ulu Melaka, Langkawi

Waktu Buka : Setiap hari , 8.00 pagi – 6.00 petang

 

3. Cili Kampung

Walaupun restoran ini terletak di Langkawi, ia menyediakan masakan kampung popular Negeri Sembilan seperti masak lemak cili padi. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada pelancong asing dan ada juga pelancong dari Malaysia. Restoran ini mengamalkan konsep makan berhidang yang membangkitkan selera makan beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Alamat : 11 Kampung Bohor Darat, Jalan Kedawang, Langkawi

Waktu Buka : Setiap hari , 11.00 pagi – 11.00 malam

 

4. Laksa Ikan Sekoq

Bagi penggemar laksa Kedah, Laksa Ikan Sekoq ini sememangnya popular di Kedah. Cawangannya juga dibuka di Langkawi. Laksa ini dihidangkan lebih istimewa dengan seekor ikan kembung untuk kepuasan pelanggan. 

Alamat : Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi

Waktu Buka : Setiap hari, 12.00 tengah hari – 7.00 malam

 

5. Medan Selera Nelayan

Penggemar makanan laut tidak harus lepaskan peluang menikmati pelbagai jenis masakan laut di Medan Selera Nelayan yang terletak di Jalan Bukit Malut, tidak jauh dari bandar Langkawi. Anda boleh menikmati masakan laut panas-panas yang dimasak menggunakan hasil laut seperti sotong, udang dan ikan yang segar hasil tangkapan para nelayan di kampung berhampiran.

Alamat : Jalan Bukit Malut, 07000 Kuah, Kedah 

 

6. Hafiz Rojak

Rojak popular yang dijual atas trak di tepi pantai. Selalunya Hafiz Rojak akan berniaga sama ada di Pantai Kuah dan Pantai Kok. Popular dengan hidangan ringkas seperti rojak, laksa, pasembur, nasi lemak bungkus dan mee rebus. Sambil menghirup angin pantai, anda boleh kenyangkan diri dengan hidangan petang sambil bersantai melihat pemandangan pantai.

Alamat : Jalan Pantai Kok, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Buka : Selasa – Ahad (Tutup hari Selasa), 2.00 petang – 7.30 malam

 

7. Restoran Seashell

Menikmati hidangan masakan Melayu dikelilingi suasana sawah padi yang tenang seperti di kampung. Restoran berkonsep terbuka ini menyediakan pondok untuk pelanggannya menikmati hidangan mereka dengan lebih tenang. Selain masakan Melayu, pilihan masakan barat juga disediakan. 

Alamat : Muzium Laman Padi, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Buka : Setiap hari , 12.00 tengah hari – 9.30 malam

 

8. Kak Yan Nasi Campur

Rasai keenakan pelbagai lauk campur. Salah satu yang menarik ialah kerabu beronok. Bagi anda yang teringin untuk mengetahui bagaimana rasanya kerabu beronok, Kak Yan Nasi Campur ialah pilihan terbaik untuk menikmati pelbagai keenakan lauk campur masakan melayu.

Alamat : Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Buka : Setiap hari (9.00 pagi – 6.00 petang)

 

9. Restoran Pak Haji Ya Nasi Ayam

Restoran nasi ayam paling popular di pekan Kuah, Langkawi. Nasi ayam warisan istimewa ini digoreng garing dan dihidangkan dengan kuah kicap yang banyak dan dihiasi dengan hirisan kubis. Selain itu, ada sejenis lagi pilihan ayam goreng iaitu ayam goreng disalut telur yang agak berbeza daripada nasi ayam di tempat lain.

Alamat : 82-98, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Buka : Sabtu – Khamis (Tutup hari Jumaat), 9.00 pagi – 6.00 petang

 

10. Jom Ikan Bakar

Untuk menikmati makan tengah hari pelbagai lauk termasuk ikan bakar, jangan lepaskan peluang mengunjungi Restoran Jom Ikan Bakar. Pelbagai pilihan ikan bakar anda boleh pilih. Ianya sedap dinikmati bersama dengan sos khas rasa masam manis dan pedas. 

Alamat : Jalan Lapangan Terbang, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Buka : Setiap hari (10.00 pagi – 5.00 petang)

 

Ada banyak lagi tempat makan sedap dan menarik yang harus anda kunjungi di Langkawi. Sepuluh tempat yang disenaraikan ini adalah restoran paling popular di kalangan pengunjung dan orang Langkawi sendiri. 

Facebook Comments