13 Pulau Terindah Indonesia Yang Berbaloi Untuk Dilawati

Indonesia adalah negara yang memiliki pulau melebihi 18,000. Di antara pulau-pulau tersebut, ada yang mempunyai namanya sendiri serta penduduk dan ada pula terbiar kosong tanpa penghuni malah tanpa nama.  

Bagi kebanyakan pelancong, pulau adalah antara destinasi pelancongan terindah di Indonesia yang harus dilawati. Bagi anda yang bercadang bercuti ke kawasan kepulauan di Indonesia, ini adalah antara senarai pulau paling menarik dan tercantik sebagai pilihan terbaik untuk anda.

1. Pulau Weh @ Sabang 

Pulau Weh adalah sebahagian dari wilayah Acheh. Terdapat beberapa pantai popular anda boleh lawati. Antaranya Pantai Sumur Tiga, Pantai Iboih dan Pantai Anoi Itam. Tempat-tempat menarik lain seperti Goa Sarang, Gunung Api dan Pulau Rubiah.

2. Pulau Kanawa, Flores

Antara pulau tidak berpenghuni yang boleh dilawati. Pulau kecil ini terletak di kawasan Taman Negara Komodo, Flores.

3. Pulau Raja Ampat

Terdiri daripada empat gugusan pulau iaitu Pulau Waigeo, Pulau Misool, Pulau Salawati, dan Pulau Batanta. Terletak di bahagian Papua Barat. Ianya menjadi pilihan bagi aktiviti menyelam skuba kerana keindahan flora dan fauna dasar lautnya yang jernih.

4. Pulau Samosir

Sebuah pulau volkanik yang dikelilingi gunung ganang mengelilingi Tasik Toba. Terletak di Sumatera Utara.

5. Pulau Belitung

Pulau yang terletak di Sumatera timur ini popular kerana menjadi latar belakang penggambaran filem Indonesia terkenal, Laskar Pelangi. Pantainya indah dengan kewujudan batu granit warna putih. Antara tempat menarik yang popular ialah Tanjung Tinggi, Tanjung Kelayang, Tanjung Binga dan Pulau Lengkuas.

6. Pulau Seribu Nusa Penida

Terletak di sebelah tenggara Bali. Pulau Seribu ibarat Pulau Raja Ampat ala Bali kerana bukit-bukit kecilnya yang berdiri tinggi hampir menyamai bukit-bukit yang terdapat di Pulau Raja Ampat. Terdapat beberapa pulau kecil mengelilingi pulau ini seperti Nusa Ceningan dan Nusa Lembongan.

7. Pulau Bair

Merupakan salah satu pulau indah yang terletak di Kepulauan Maluku. Di pulau ini tersimpan laguna yang cukup indah. Walaupun tiada penghuni, pulau ini sentiasa menerima kehadiran pelancong.

8. Pulau Komodo

Pulau yang menjadi habitat spesis biawak komodo. Pulau ini merupakan sebahagian daripada Taman Negara Komodo. Pulau-pulau kecil di sekitarnya merupakan rantaian bagi Sunda Kecil. Pulau ini mempunyai penduduk tetapi komunitinya tersangat kecil. Di sini anda juga boleh berjalan-jalan di Pantai Pink yang mana pasirnya berwarna merah jambu.

9. Pulau Peucang

Pulau Peucang merupakan pulau yang terdapat di wilayah Banten iaitu sebelah timur Taman Nasional Ujung Kulon. Pulau ini terkenal dengan pasirnya yang putih serta hidupan liar yang mudah ditemui seperti rusa, burung merak, kijang dan lutung. 

10. Pulau Macan

Pulau ini menempatkan sebuah resort berkonsep alam yang unik. Untuk sampai ke pulau ini, pelancong perlu menaiki bot laju yang boleh didapati di jeti Marina dari kota Jakarta.

11. Pulau Mentawai

Salah satu pulau indah yang terkenal dengan aktiviti meluncur laut kerana ombaknya yang tinggi. Terletak di bahagian barat Sumatera. Ramai pelancong dari luar negara yang meminati dan ingin  mempelajari sukan luncur air akan mengunjungi pulau ini selain keindahannya yang memukau.

12. Pulau Gili

Pulau Gili adalah pulau yang terletak di Lombok. Salah satu daerah pelancongan terkenal di Indonesia. Terdiri daripada tiga pulau kecil iaitu Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air.

13. Pulau Dodola

Terletak di Murotai, Maluku Utara. Ia antara pulau terindah di daerah ini. Terdiri daripada Pulau Dodola Besar dan Pulau Dodola Kecil. Kedua-duanya terletak bersebelahan. Ia memiliki keindahan pasir putih yang memukau. Jika keadaan air surut, kita boleh melihat laluan berpasir menuju ke kedua-dua pulau ini yang saling berhubung. 

Facebook Comments