The LEGO Movie 2: The Second Part

PENGEMBARAAN LEGO KEMBALI BUAT KALI KEDUA

Sertai wira-wira Bricksburg menyelamatkan bandar raya kesayangan mereka dalam
The LEGO Movie 2: The Second Part

KUALA LUMPUR, 23 JANUARI 2019 – Sudah lima tahun berlalu sejak peminat LEGO kagum dan teruja dengan tayangan filem The LEGO Movie yang serba hebat. Filem yang mendapat sanjungan pengkritik ini menampilkan suara-suara pelakon terkenal serta dengan watak Master Builder Emmet Brickowski yang mempunyai karektar yang menambat hati dan hanya melihat kebaikan dalam segalanya turut menambah lagi unsur-unsur jenaka yang mencuit hati dalam filem tersebut.

Kini, selepas sekian lama menunggu, komuniti LEGO sekali lagi teruja dengan pelancaran bahagian kedua filem yang bakal ditayangkan pada 7 Februari 2019. LEGO Movie 2: The Second Part tidak lari daripada jalan cerita asal yang melagakan unsur baik menentang jahat, dan peminat boleh menantikan pengembaraan penuh aksi yang menghiburkan sambil mengikuti wira-wira Bricksburg untuk menyelamatkan bandar raya mereka daripada ancaman penakluk LEGO DUPLO asing yang memusnahkan kota lebih pantas daripada keupayaan wira-wira kita membina semula. Perjuangan untuk menentang anasir jahat dan memulihkan keamanan dalam dunia LEGO akan membawa Emmet (Chris Pratt), Lucy (Elizabeth Banks), Batman (Will Arnett) dan rakan-rakan mereka ke dunia belum diterokai yang bakal menguji keberanian dan kreativiti masing-masing.

Seperti yang dijangka oleh setiap peminat, LEGO bukan setakat menayangkan filem yang menarik. Kumpulan LEGO telah melancarkan koleksi hebat 16 set bangunan yang diilhamkan oleh The LEGO Movie 2: The Second Part. Set binaan The LEGO Movie 2 menawarkan sesuatu untuk semua – daripada set LEGO DUPLO untuk jurubina muda kepada set LEGO System untuk budak lelaki, perempuan dan juga dewasa. Koleksi ini menggunakan seluruh Sistem Permainan LEGO, memaparkan figura mini dan patung mini, supaya peminat dari pelbagai peringkat usia boleh membina semula dan melakonkan kembali pengembaraan dalam filem atau mencipta pengembaraan mereka sendiri.

Set binaan, yang akan dilancarkan secara berperingkat, termasuk Sweet Mayhem’s Systar Starship, Ultrakatty dan Warrior Lucy, Rex’s Rex-treme Offroader, Queen Watevra’s Build Whatever Box dan Lucy’s Escape Buggy!

 

MetalBeard’s Heavy Metal Motor Trike

Bagaimanapun salah satu daripada set dalam koleksi hanya boleh dibeli dalam talian. Set MetalBeard’s Heavy Metal Motor Trike dalam The LEGO Movie 2 yang menarik dan luar biasa digunakan untuk menentang penjahat utama dalam filem, iaitu Sweet Mayhem dan Star. Set ini termasuk patung mini Apocalypse-borg Benny, anak patung mini Sweet Mayhem, serta patung Star binaan bata Lego yang boleh disambungkan kepada salah satu patung mini. MetalBeard’s Heavy Metal Motor Trike pula merangkumi kepala patung mini MetalBeard, turet berputar dengan dua meriam tembakan boleh laras, senapang jerung boleh laras dengan rahang yang boleh berkatup, sangkar gagak, bendera dan tiga roda dengan tayar getah dan roda depan yang sangat besar.

Perlu diulangi bahawa set ini tidak boleh dibeli di mana-mana kedai LEGO dan hanya boleh didapati daripada platform e-dagang seperti Shopee. Jangan tunggu lagi, kunjungi kedai rasmi LEGO di Shopee untuk mendapatkan set bernilai RM289.90 ini. Para pembeli juga berpeluang mendapat set hadiah MetalBeard dengan perbelanjaan produk The LEGO Movie 2 dalam talian bernilai RM179. Selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut tentang The LEGO Movie 2 MetalBeard’s Heavy Metal Motor Trike, layari https://shopee.com.my/product/77251500/1711158122/

 

-END-

 

Mengenai Kumpulan LEGO

Kumpulan LEGO ialah sebuah syarikat pegangan persendirian milik keluarga yang beribu pejabat di Billund, Denmark, dengan pejabat utama di Enfield, Amerika Syarikat, London, UK, Shanghai, China, dan Singapura. Diasaskan pada 1932 oleh Ole Kirk Kristiansen, dan berlandaskan bata LEGO® yang ikonik, Kumpulan ini merupakan salah satu pengeluar bahan permainan yang terkemuka di dunia.

Berpandukan cogan kata syarikat: “Only the best is good enough” (“Hanya yang terbaik boleh diterima”), syarikat ini komited terhadap pembangunan kanak-kanak dan berharap untuk mencetus inspirasi dan memupuk bakat yang membina masa depan menerusi permainan dan pembelajaran kreatif. Produk LEGO dijual di seluruh dunia dan boleh dilayari di dalam talian di www.LEGO.com.

Untuk berita lanjut tentang Kumpulan LEGO, maklumat tentang prestasi kewangan dan keterlibatan tanggungjawab kami, sila layarihttp://www.LEGO.com/aboutus.

Facebook Comments