5 Aplikasi Rakaman Skrin Telefon Terbaik Bagi Pengguna Android

Aplikasi rakaman skrin telefon memang menyeronokkan terutama bagi mereka yang ingin merakamkan aktiviti menarik yang dilakukan menerusi telefon. Contohnya rakaman bermain game, tutorial aplikasi dan rakaman perbualan pesanan segera atau instant messaging.

Bagi mereka yang menggunakan telefon Android, anda boleh menggunakan 10 aplikasi rakaman skrin di bawah ini untuk merakam aktiviti dalam telefon.

1. AZ Screen Recorder

Anda boleh rekod video dalam pelbagai resolusi termasuk HD tanpa had masa dan tera air atau watermark. Butang rakam, berhenti rakam dan pause boleh ditekan bila-bila masa ketika rakaman berlangsung.

Terdapat pelbagai lagi pilihan tetapan menarik seperti frame rate, kelajuan rakaman, rakaman audio, teks, logo, edit semula, tukar ke format GIF dan lain-lain.

Selesai merakam, anda boleh memainkan semula untuk melihat semula video yang telah dirakam. Anda boleh kongsi video dengan mudah ke media sosial lain dengan menekan butang Share sahaja.

2. DU Recorder

Selain merakam aktiviti di telefon, anda boleh merakam video dan menyiarkannya secara langsung. Ianya boleh dimuat turun dan dipasang secara percuma. Tiada had masa rakaman dan disediakan pelbagai tetapan untuk hasil video rakaman yang lebih menarik.

3. YouTube Gaming

Aplikasi yang direka khas bagi mereka yang ingin bermain game sambil ke udara secara langsung menerusi Youtube dari telefon Android.

Sambil bermain game secara langsung menerusi Youtube, aplikasi ini mempunyai sudut bingkai kecil yang akan memaparkan wajah si pemain. Resolusi rakaman video terhad dalam kualiti 720 HD dan 480 SD. YouTube Gaming juga memaparkan senarai pengguna akaun lain yang sedang bermain game secara langsung.

4. Mobizen Screen Recorder

Rakam aktiviti di telefon anda dengan kualiti resolusi berbentuk 2k (1440p). Dalam rakaman bermain game contohnya, anda boleh rakam reaksi wajah dan komen suara melalui Facecam. Video boleh diedit semula dengan begitu mudah. Aplikasi ini begitu mudah digunakan bagi mereka yang tidak mahu memeningkan kepala dengan pelbagai tetapan. 

 5. Screen Recorder

Rakam aktiviti skrin telefon anda sambil memaparkan wajah anda ketika bermain game. Kualiti rakaman dalam pelbagai resolusi termasuk resolusi tertinggi 4K. Video boleh diedit semula secara mudah dengan tambahan kesan efek dan muzik untuk menjadikan video lebih menarik.

Facebook Comments