7 Days In Entebbe: Mengimbau Kembali Peristiwa 27 June 1976

Ada beberapa kes di mana pesawat dirampas oleh pengganas dan satu kejadian yang menakutkan telah berlaku pada 1976. Kejadian berkenaan kini diangkat menjafi filem 7 DAYS IN ENTEBBE.

Filem ini bakal menemui penonton di Malaysia pada 29 Mac ini.

Foto Kredit: nytimes.com

Filem ini adalah filem genre thriller pada tahun 2018 yang agak mendebarkan juga. Filem ini diarahkan oleh José Padilha dan ditulis oleh Gregory Burke.

Filem ini menceritakan kisah Operasi Entebbe, sebuah operasi penyelamatan balas-serangan ganas 1976. Dan dibintangi oleh Rosamund Pike dan Daniel Brühl.

Foto Kredit: regmovie.com

Filem 7 Days In Entebee akan membawa anda terbang, balik ke tahun 1976 dimana dunia pernah dikejutkan dengan satu berita yang sangat menakutkan di mana pesawat Airbus A300 BA-203, milik Air France telah dirampas ketika sedang transit di Athens, Greece untuk mengambil penumpang lain untuk ke Paris.

Foto Kredit: iamkishanvks.com

Dalam penerbangan menuju Paris, kapal terbang milik Air France ini telah dirampas oleh 4 orang, iaitu 2 orang warga Palestin dan 2 orang lagi adalah warga German.

Mereka menjadikan penumpang dan anak kapal sebagai tebusan mereka di Entebbe dan menuntut wang tebusan sebanyak AS$5 juta untuk kapal terbang dan pembebasan 53 militan Palestin dan pro-Palestin, 40 daripadanya tahanan di Israel.

Foto Kredit: timesofisrael.com

Pesawat itu dialihkan ke terminal terbengkalai di Lapangan Terbang Entebbe di Uganda, para penumpang merasa seperti tidak mempunyai harapan lagi kerana seolah-olah kerajaan tersebut tidak ingin mengambil risiko. 

Apabila semua usaha diplomatik gagal, kerajaan Israel meluluskan operasi penyelamatan balas kontra-pengganas oleh komando IDF.

Foto Kredit: theworldnews.net

Bagaimanakah nasib penumpang-penumpang tersebut selepas ini? Mampukah kerajaan Israel menyelamatkan tahanan tersebut sebelum tamat tempoh masa yang diberi?

Sama-sama kita nantikan dengan penuh debaran, filem 7 DAYS IN ENTEBBE yang akan keluar dipawagam tak lama lagi. Dan yang menariknya, Kaki Sini akan memberikan 2 tiket percuma kepada setiap pemenang untuk menyaksikan filem tersebut. Haaa, macam mana nak dapat 2 tiket percuma ini? Boleh la ke facebook kami https://www.facebook.com/sinimy/

Facebook Comments