7 Tabiat Buruk Yang Boleh Menyebabkan Kebakaran Rumah

Kebakaran adalah mimpi ngeri yang kita cuba elakkan daripada berlaku. Anggaran hampir 1,000 buah rumah rentung setiap hari di Amerika Syarikat. Kebakaran ini berlaku adalah disebabkan oleh tabiat penghuni rumah itu sendiri. Jom baca tabiat buruk yang boleh mengakibatkan kebakaran di rumah.

Tabiat buruk 1: Guna kabel lanjutan (extension cords)

Ramai yang menggunakan extension cords kerana ia memudahkan kerja. Semua plug boleh disambung bersama. Tapi, meskipun ia sangat membantu kehidupa harian kita, ia juga boleh membawa kepada terjadinya perkara buruk seperti litar pintas. Jadi, sebelum apa-apa berlaku, gunalah extension cords bila perlu sahaja.

Foto kredit: core77.com

Tabiat buruk 2: Semua peralatan elektrik bercampur

Jika anda mencampurkan semua peralatan elektrik di satu bahagian, tiada ruang untuk ia membebaskan haba yang telah dijana. Lebih banyak peralatan elektrik dalam satu outlet, lebih tinggi risiko terlebih muatan pendawaian, lalu terjadi litar pintas.

Tabiat buruk 3: Tidak tutup suis

Ini adalah tabiat buruk yang selalu kita lakukan. Alasannya sebab kita, kelam-kabut nak keluar rumah sampai terlupa nak tutup suis kipas, lampu, dan juga peralatan elektrik yang lain. Lepas ini, jangan sesekali keluar rumah tanpa tutup suis, kerana boleh mengundang padah.

Tabiat buruk 4: Tinggalkan masakan didapur tanpa pengawasan

Memask tanpa pengawasan boleh menyebabkan kebakaran. Kita selalu macam ini, tengah masak, tiba-tiba telefon berbunyi, habis masakan ditinggalkan. Kalau masakan hangus, itu bagus lagi. Kalau api marak lagi bahaya. Tunggulah sehingga selesai masak, baru buat kerja lain.

Foto Kredit: twitter.com

Tabiat buruk 5: Tidak simpan cecair yang mudah terbakar di tempat yang selamat

Bahan yang mngandungi aerosol seperti penyembur minyak wangi, penyembur rambut, dan juga penyembur racun serangga perlu diletak di tempat yang selamat dan jauh dari sumber api. Kerana gas daripada bekas tersebut jadi panas dan meletup. Letaklah di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak.

Tabat buruk 6: Tidak buang kain tiras ataupun habuk dari mesin pengering baju

Ramai yang tidak memandang serius dengan perkara ini. Kain tiras atapun habuk boleh terbakar kerana haba yang dihasilkan oleh mesin pengering baju tersebut. Setiap kali nak guna mesin pengering baju, lebih baik anda membersihkan mesin terlebih dahulu.

Tabiat buruk 7: Pasang lilin tanpa pengawasan

Lilin yang dipasang tanpa pengawasan kita boleh menyebabkan kebakaraan. Jangan letak lilin di tempat yang dekat dengan benda yang boleh terbakar seperti langsir rumah, kertas, kain dan banyak lagi. Kes kebakaran disebabkan lilin sangat banyak berlaku.

Foto Kredit: planet-science.com

Buang 7 tabiat buruk ini untuk mengelakkan daripada berlakunya kebakaran rumah.

Memandangkan minggu depan, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, jom baca 11 Persediaan Balik Kampung Sempena Raya.

Facebook Comments