8 Sebab Sarawak Wajib Jadi Destinasi Percutian Anda Julai Ini

Sarawak, negeri yang sangat terkenal dengan kek lapisnya. Kalau melawat ke negeri ini, tidak sah tidak bawa balik kek lapis sebagai buah tangan.  Masa penerbangan pula hanya mengambil masa 1 jam 40 minit sahaja.

Sekarang ini, Airasia ada membuat promosi tiket murah ke Sarawak serendah Rm57 sehingga 24 Jun ini. Murah, bukan? Jadi apa tunggu lagi, jom kita ke Sarawak!

Ada apa dengan Sarawak? Jom baca 8 sebab kenapa anda wajib ke Sarawak bulan Julai ini.

1. Taman Negara Talang-Satang

Jika anda ke Sarawak bulan Julai ini, anda pasti akan sangat bertuah kerana dapat melihat, penyu dengan lebih dekat di Taman Negara Talang-Satang. Kerana, pada bulan julai penyu hijau akan naik ke darat untuk bertelur. Memandangkan penyu adalah spesis hidupan laut yang terancam, jadi jangan lepaskan peluang ini.

Foto Kredit: sarawakforestry.com

2. Cafe-hopping Jalan Song

Untuk mereka yang sukakan kopi serta mengambil gambar untuk #ootd #potd di instagram, wajib untuk melakukan aktiviti cafe-hopping di Jalan Song. Ia pastinya tidak akan mengecewakan anda.

Jangan lupa juga untuk merasa kopi yang sangat sedap di Cupella dan juga Destino de Espresso.

3. Rainforest World Music Festival (RWMF)

RWMF adalah award wining music festival yang dianjurkan setiap tahun di Kampung Budaya Sarawak. Setiap tahun, aktiviti ini disertai oleh pemuzik dari seluruh negara yang mempamerkan muzik tradisi mereka.

Muzik festival ini sangat popular sehingga dianggarkan menarik 20,000 penonton setiap tahun. Tahun ini, muzik festival ini akan berlangsung pada 13 hingga 15 Julai.

Foto Kredit: malaysia-asia.my

4. Kuching Festival

Kuching festival adalah tempat yang menarik untuk anda kunjungi jika anda ingin mengenali Sarawak dengan lebih mendalam. Festival ini akan berlangsung selama sebulan iaitu bermula daripada 27 Julai sehingga 19 Ogos.

Di festival ini, akan terdapat banyak pameran, persembahan, dan juga beratus-ratus gerai makanan. Jika anda seorang foodhunter, jangan lepaskan peluang ini.

Foto Kredit: sarawaktourism.com

5. Bersantai di Kuching Waterfront

Apabila sampai Kuching, tidak sah kalau tak jejakan kaki ke Kuching Waterfront yang menjadi tempat ikonik bagi penduduk Kuching. Anda juga berpeluang melihat sebahagian daripada bandar Kuching serta Sungai Sarawak dengan menaiki bot tambang murah sekitar Kuching Waterfront.

Foto Kredit: thevocket.com

6. Berkunjung ke Rumah Panjang

Sarawak negeri yang kaya dengan etnik dan budaya.

Bagi anda yang tidak pernah melihat bagaimana rupa rumah panjang yang sangat terkenal ini, bolehlah berkunjung ke Kampung Annah Rais yang penempatan suku kaum Bidayuh.

Foto Kredit: thevocket.com

7. Muzium Kucing, Kuching

Muzium ini telah beroperasi sejak 1993. Bukan sahaja mempamerkan berkaitan dengan sejara Kuching, malah haiwan yang menjadi ikonik kepada bandar ini juga, kucing. Sekiranya ada seorang yang sukakan kucing, anda perlu masukkan muzium ini sebagai tempat wajib lawat ada dalam rancangan percutian anda.

8. Nikmati Keenakan hidangan Sarawak

Di mana pun kita berada, sudah pastinya kita teringin merasa makanan yang sangat popular di tempat tersebut. Antara makanan yang hanya boleh didapatkan di negeri ini adalah Mi Kolok Sarawak. Mi kolok ini sebenarnya mi kering yang dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.

Selain daripada mi kolok, makanan yang wajib anda rasa adalah Laksa Sarawak. Berbanding dengan laksa lain, rasa kuah laksa sarawak lebih berempah, berlemak dan pedas.

Foto Kredit: makansedap.my

Jadi, kepada anda yang teringin untuk datang bercuti ke Sarawak, inilah masanya. Dengan harga serendah Rm57 anda berpeluang mendapatkan tiket penerbangan ke Kuching, melalui 5 destinasi ini iaitu Miri, Kota Kinabalu, Pulau Pinang. Johor Baharu dan juga Kuala Lumpur.

Berbaloi, bukan? Aram kitai ngagai Sarawak!

Jom baca AirAsia Buka Laluan Baharu Ke Phuket Dan Hanoi Melalui Pulau Pinang.

Facebook Comments