9 Resort Atas Air Mewah Di Malaysia Persis Soneva Jani

Soneva Jani VersiMalaysiaResort rahsia Masjid Tanah

Soneva Jani menjadi suatu fenomena tahun lalu selepas Hanis Zalikha membawa keluarganya bercuti di sini.

Selepas tularnya percutian idaman Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan anak teruna mereka, Yusuf Iskandar – ramai yang berangan ingin beradu atas air dan apabila celik mata terus terjun ke dalam laut.

9 Resort Atas Air Mewah Di Malaysia

Terletak di Maldives, Soneva Jani bukanlah calang-calang resort percutian atas air. Untuk menginap semalam di sini, kosnya hampir RM 13,000 semalam.

Soneva Jani Versi Malaysia

Memikirkan sahaja kos penerbangan dan penginapan pun sudah menjadi masalah bagi sebahagian besar orang ramai namun jangan risau kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Kenapa perlu pergi jauh kalau kita ada Soneva Jani Versi Malaysia? Lebih murah tetapi tidak kurang cantiknya, ini 9 resort atas air mewah di Malaysia tak nak kalah dengan Soneva Jani.

Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Posrt Dickson merupakan sebuah resort berkonsep moden yang menyajikan pemandangan menarik beradu di atas air. Paling menarik di sini adalah Panorama Pool Villa yang menghadap lautan lepas.

Tempahan:

www.lexishibiscuspd.com

Mabul Water Bungalows

Ia terletak di perairan Pulau Mabul Sabah. Banglo air ini telah dinobatkan sebagai salah satu daripada ‘the best dive bases in the world’ kerana kejernihan airnya yang tembus sehingga ke dasar.

Tempahan:

www.mabulwaterbungalows.com

Pom Pom Island Resort & Spa

Terletak di Laut Sulawesi, untuk ke resort ini anda perlu menaiki bot selama 45 minit dari lapangan terdekat iaitu Lapangan Terbang Tawau. Selain menyelam, aktiviti mendaki di puncak Pulau Bohey Dulang juga merupakan antara aktiviti paling popular di sini.

Tempahan:

www.pompomisland.com

Avillion Port Dickson

Diinspirasikan daripada perkampungan nelayan yang terdapat di negara kita, Avilion Port Dickson memberikan ketenangan tanpa perlu pergi jauh meninggalkan kesibukan kota. Aktiviti berkayak, basikal hydro dan kapal luncur angin merupakan aktiviti sukan air popular di sini.

Tempahan:

www.avillionportdickson.com

Avani Hotels Sepang

Avani Hotels merupakan antara resort yang menawarkan servis yang berkualiti pada harga bajet dan paling penting tidak perlu pergi jauh dari Kuala Lumpur. Ia turut menawarkan pakej trip 1 hari melawat gajah di Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah dan pakej melawat stadium F1 di Sepang buat para pengunjung yang berminat.

Tempahan:

www.minorhotels.com

Gayana & Bunga Raya Eco Resort

Gayana & Bunga Raya Eco Resort terletak di Pulau Gaya, luar Pantai Borneo. Sebaik menjejakkan kaki ke resort ini, puncak Gunung Kinabalu kelihatan tersergam indah dan jelas dari kejauhan.

Tempahan:

www.gayanaresorts.com

Pangkor Laut Resort

Resort ini dibina di atas pulau persendirian di Pangkor Laut, terletak 3 batu di luar pantai barat Malaysia. Seluruh pulau di Pangkor Laut Resort dikhaskan untuk pengunjung resort ini sahaja yang membuatkan ia benar-benar eksklusif.

Tempahan:

www.pangkorlautresort.com

Berjaya Langkawi Island Resort

Resort ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu hutan dan lautan. Di sini, anda boleh merasai pengalaman menginap di dalam hutan dan di atas lautan pada waktu yang sama membuatkan ia benar-benar berbeza daripada resort yang lain.

Tempahan:

www.berjayahotel.com/langkawi

Sipadan Water Village

Diilhamkan daripada seni bina rumah orang-orang Bajau, Sipadan Water Village kelihatan cukup eksotik dengan air lautnya yang jernih menghijau, membuatkan ia merupakan salah satu tapak selaman kegemaran para penyelam skuba dari seluruh dunia.

Tempahan:

www.swvresort.com

Facebook Comments