9 Tip Berdepan Salji Pertama Dalam Hidup Anda

saljiBenarkah musim sejuk telah melanda Malaysia?

Salji sangat ditunggu-tunggu oleh setiap insan yang tinggal di negara bukan dalam kalangan negara empat musim.

Mereka pasti pernah memasang impian sejak kecil untuk bermain salji walaupun cuma sekali seumur hidup.

Ramai yang teringin hendak bergolek di atas salji, membaling salji antara satu sama lain, membina orang-orang salji, bermain ski dan banyak lagi aktivit lain semasa musim salji turun ke muka bumi.

Impian rakyat Malaysia

Kalau tidak percaya, tanyalah setiap rakyat Malaysia, pasti mereka pernah memasang impian sebegitu. Maklumlah Malaysia mana pernah turun salji, terpaksa melancong ke negara empat musim.

musim sejuk

Musim sejuk bakal tiba tidak lama lagi. Nampak gayanya, ramai yang telah menempah tiket penerbangan dan tempat penginapan untuk merasai pengalaman bermain salji sepuas-puasnya di tempat asalnya.

9 langkah berdepan salji pertama dalam hidup

Bagi mereka yang baru pertama kali ingin merasai suasana musim sejuk, ikuti 9 langkah berdepan salji pertama dalam hidup anda.

Jika anda tidak membuat persiapan rapi, alamatnya menggigillah anda sepanjang masa semasa percutian di sana. 

1. Wajib Pakai Pakaian Dalam atau Long John

Orang selalu terlupa bila sudah pakai jaket tebal sudah memadai, sedangkan bahagian pinggang ke bawah badan juga perlukan pakaian tebat haba. Wajib ada pakaian dalam ini. Pilih long john ikut destinasi. Pilih ketahanan 0 hingga -5 darjah selsius. Setakat ke kawasan bandar, long john untuk 5-10 darjah selsius pun okey. ‘Heat tech’ di Uniqlo pun okey dan selesa.

2. Jangan Lupa Baju Sejuk

Boleh cari jenis bulu, kain bulu Kashmir, kapas (paling murah), linen atau sutera. Kalau long john anda mesra haba, baju sejuk ringan jenis kapas pun dah okey.

3. Pakai Jaket Musim Sejuk

Kalau pakai yang tidak berkualiti, maka menggigillah anda. Jenama terkemuka biasa menggunakan material poliester. Tapi ingat, ia tak mampu bertahan untuk suhu bawah 0 darjah selsius. 

Pilih jaket yang sesuai untuk suhu bawah negatif darjah selsius dan lebih bulu. Material jenis bulu pun okey tapi beratlah pula.

4. Pilih Skarf Atau Neck Warmer

Untuk fesyenista, scarf rmungkin terbaik untuk OOTD, tetapi untuk keselesaan, neck warmer adalah yang terbaik kerana boleh tutup bahagian hidung sekali jika dalam keadaan berangin.

5. Head Cover Jangan Dilupa

Digalakkan memakai watch cap/snow cap. Senang nak pakai. Boleh pilih, ada macam-macam jenis. Kalau boleh, beli yang besar, boleh lindungi telinga sekali ketika sejuk. 

6. Sarung Tangan Penting

Cari sarung tangan yang boleh menghangatkan tangan kita. Jangan ingat nak berfesyen sampai beku tangan nanti. 

7. Silap Pilih But Buruk Padahnya

Pastikan pilih but musim sejuk yang tak licin. Tengok tapak dulu, licin ke tak bila berjalan. Bila musim sejuk, lantai basah.

Kalau ada salji, lagi senang licin. Pilihan but pula tengok lokasi travel. Ada yang boleh tahan bawah -10 darjah selsius. Setakat ke Paris, but musim sejuk yang biasa pun dah okey.

8. Stoking Musim Sejuk Sangat Berguna

Kalau beli but musim sejuk yang ada fungsi memanaskan, pastikan guna stoking biasa pergi ke kawasan musim sejuk hangat (3-10 darjah selsius).

Kalau tidak, berpeluh kaki nanti. Kalau ke kawasan 0 darjah selsius ke bawah, stocking musim sejuk yang tebal sangat berguna.

9. Sediakan Peralatan Tambahan

Salah satunya set penjagaan muka . Jika ke Eropah, kelembapan di sana rendah dan kawasannya kering.

Jadi, kita perlukan pembersih normal + pelembap + lip balm. Berbeza jika ke Korea Selatan, mungkin pembersih anti minyak diperlukan.

Facebook Comments