Air Terjun 108 Meter Dari Pencakar Langit

Penduduk di bandar Guiyang, barat daya China barangkali berimaginasi apabila mereka melihat air terjun besar setinggi bangunan pencakar langit, di tengah bandar.

Bagaimanapun, air terjun setinggi 108 meter itu adalah buatan manusia yang kini bukan sekadar imaginasi malah ianya realiti yang kini berada di bangunan Liebian, yang terletak di sebuah plaza.

Kredit imej: Free Details Mania

Satu tangki air besar dipasang pada ketinggian 121 meter bangunan itu, di mana empat pam 185 kilowatt untuk mengepam air ke bahagian atas air terjun.

Air terjun yang diuruskan oleh Guizhou Ludiya Property Management Co direka khas bertujuan untuk tarikan pelancong.

Kredit imej: Geinzooi.

Difahamkan, bahawa sumber air utama dari tangki mengitar semula air melalui air hujan atau saluran lain.

Bangunan plaza ini mempunyai empat tingkat bawah tanah untuk penyimpanan air dari sistem saliran dan penggunaan elektrik menjangkau £89 (RM434) untuk satu jam.

Kredit imej: BroBible

Disebabkan kos elektrik yang tinggi tersebut, pihak plaza tidak membiarkan air terjun itu beroperasi setiap hari dan hanya untuk perayaan khas di bandar sahaja. Malah, air terjun tersebut juga ditetapkan beroperasi selama hanya kira-kira 10 sehingga 20 minit bagi menjimatkan elektrik.

Kredit imej: Daily Mail

Walaupun segelintir netizen tertarik dengan rekaan bangunan itu, tetapi ada yang menyifatkan idea air terjun berkenaan sebagai satu pembaziran air dan elektrik.

Facebook Comments