American Assassin Ejen Bunuh Paling Digeruni

Mesin pembunuh digeruni ramai

AMERICAN ASSASSIN adalah sebuah filem thriller yang diadaptasi daripada buku hasil tulisan Vince Flynn.

Filem yang diarah oleh Michael Cuesta ini menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Dylan O’Brien (Mitch Rapp), Michael Keaton (Stan Hurley), Sanaa Lathan (Deputy Director Irene Kennedy), Shiva Negar (Annika), Taylor Kistch (Ghost), David Suchet (Stansfield), Navid Negahban (Behurz) dan Scott Adkins (Victor).

AMERICAN ASSASSIN mengisahkan tentang Mitch Rapp, rekrut CIA yang dilatih untuk menjadi ejen anti pengganas yang diketuai oleh Stan Hurley yang merupakan seseorang yang paling digeruni dalam agensi tersebut.

Suatu tragedi serangan daripada pengganas telah menyebabkan ramai rakyat Amerika yang tidak bersalah telah terkorban dan salah satu daripadanya adalah teman wanita Rapp.

Pemburu yang diburu

Beberapa tahun politik yang berpecah belah telah meletakkan negara dalam keadaan yang tidak selamat dan Ketua Operasi CIA tahu bahawa peperangan akan berlaku. Maka, mereka perlu bersedia. Rap dan Hurley bekerjasama bagi menghentikan kekacauan di Timur Tengah.

Bermula dari Istanbul, Rapp membunuh pembekal senjata dan bahan letupan dalam serangan pengganas yang telah berlaku. Kemudian, dia beralih ke Hamburg dan seluruh Eropah.

Pemburu yang diburu… Perjalan menuju ke Beirut, musuh telah memersiapkan perangkap untuk Rapp. Mereka perlu licik dan bertahan dalam setiap serangan yang diberikan oleh pengganas.

Kalau nak tahu macam mana pengakhiran kisah seoarang pemburu apabila dirinya diburu, jom tengok AMERICAN ASSASSIN di pawagam pada 14 September 2017 ini. Save the date!

Facebook Comments