Anda Mesti Lawati 5 Destinasi Halal Di Taiwan Ini!

Tahukah anda bahawa Taiwan juga mempunyai badan seperti JAKIM memastikan penduduknya yang beragama Islam mendapat pilihan makanan Halal? Sehingga Julai tahun ini, telah ada lebih 150 buah restoran dan hotel yang disahkan halal oleh badan ini.

Piawaian yang diwujudkan oleh Persatuan Cina Islam (Chinese Muslim Association) di Taiwan adalah sama seperti yang dikeluarkan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Malahan, pengesahan yang diberikan hanyalah sah untuk tempoh setahun sahaja.

Badan tersebut akan mengadakan pemeriksaan sekali lagi sebelum mengesahkan restoran dan hotel sebagai halal untuk tahun seterusnya. Sekarang, bolehlah rakyat Malaysia yang beragama Islam melawati destinasi-destinasi cantik dan menikmati makanan sedap di Taiwan tanpa ragu-ragu.

Jom lihat destinasi halal yang boleh anda kunjungi di Taiwan sekarang!

City Suites & Hotel PaPa Whale

Image by agoda.com.

City Suites dan Hotel PaPa Whale adalah di bawah pengurusan yang sama. Bezanya adalah City Suites merupakan rangkaian hotel bertaraf tinggi yang boleh didapati di bandar-bandar utama di Taiwan seperti Taoyuan dan Taipei. Sementara itu, reka bentuk bangunan Hotel PaPa Whale yang unik dan cantik amatlah sesuai untuk pelawat yang suka mengambil gambar untuk Instagram.

Image by agoda.com.

Kampung Budaya Penduduk Asli Formosa

Destinasi kedua yang mesti dilawati di Taiwan ialah Kampung Budaya Penduduk Asli Formosa. Sebenarnya, sini juga merupakan salah satu taman tema yang terbesar di Taiwan. Oleh itu, selain boleh mengenali budaya penduduk asli Taiwan yang dikira serumpun dengan Nusantara, bolehlah juga anda mengajak keluarga atau kawan untuk main di sini.

Hotel Valletta (Air Panas)

Image by hotels.com.

Oh ya, selain Jepun dan Korea Selatan, Taiwan juga mempunyai air panas yang selesa. Bagi yang ingin menikmati air panas tetapi ragu-ragu sebab ingin menutup aurat, boleh sahaja berkunjung ke Hotel Valletta. Di sini, setiap suite mempunyai kemudahan air panas yang sendiri. Untuk pengetahuan anda juga, hotel ini baru sahaja dibuka pada Julai tahun ini. Jadi, pergilah sekarang sementara semua kemudahannya masih lagi baru.

Image by hotels.com.

Republic of Chocolate

Bagi yang lebih minat dengan makanan, Republic of Chocolate merupakan destinasi yang patut dikunjungi. Bangunannya juga agak unik dengan reka bentuk luarannya sama seperti buah koko. Di sini, boleh sahaja anda menyertai bengkel untuk belajar membuat coklat sendiri. Nanti, akan diberikan kertas bungkusan yang cantik untuk menyimpan coklat ini untuk diri sendiri ataupun sebagai hadiah untuk orang tersayang.

Flying Cow Ranch

Akhir sekali, destinasi halal yang paling sesuai untuk dilawati oleh semua adalah ladang ternakan. Sebenarnya, ada beberapa lagi ladang yang boleh anda mengunjungi di Taiwan selain Flying Cow Ranch. Tapi namanya yang unik dan bangunannya yang indah menjadikannya salah satu tempat yang mesti anda lawati ketika berada di Taiwan.

Image by huislaw.com.

Facebook Comments