Apple Bakal Keluarkan Laptop Mampu Milik Menyamai MacBook Air

Apple bakal mengeluarkan komputer riba berkos rendah pada harga mampu milik untuk semua golongan termasuk pelajar sekolah. Komputer riba yang masih dalam peringkat pembangunan ini menyamai MacBook Air tetapi dengan harga lebih murah. Ia juga akan dikemaskini dengan paparan retina beresolusi tinggi, berskrin 13 inci dan lebih nipis

Buat masa ini, harga pasaran bagi MacBook Air mengikut spesifikasi dalaman berada lingkungan harga RM4,000 dan ke atas. Harga ini boleh dikatakan masih mahal di mana tidak semua golongan mampu memilikinya.

Kali terakhir Apple menjalankan kemaskini ke atas MacBook Air hanya pada tahun lepas iaitu dengan meningkatkan kelajuan pemprosesan. Versi MacBook Air kos rendah ini juga lebih baik berbanding MacBook Air kini yang bukan merupakan skrin paparan restina beresolusi tinggi. Menurut sumber dari pihak Apple, versi komputer riba berkos rendah ini akan disasarkan juga untuk pembelian secara pukal bagi kegunaan di sekolah dan juga individu yang mencari produk komputer riba jenama Apple pada harga yang lebih rendah.

Ia juga bertujuan menghadapi persaingan dengan beberapa syarikat pengeluar komputer riba seperti HP dan Lenovo yang banyak mengeluarkan komputer riba pada harga yang lebih rendah menyamai kemampuan spesifikasi komputer riba Apple. Selain itu, Apple juga mengakui mereka menghadapi persaingan dengan syarikat pengeluar komputer riba yang lain untuk kegunaan di peringkat sekolah dan universiti.

 

 

Facebook Comments