Entries by Harny Abu Khair

Selamat Datang ke HELL FEST

Bagi sesiapa yang suka ke taman hiburan, pasti ada satu tempat tarikan yang memang anda tuju, dan tempat itu biasanya Rumah Hantu. Tapi bagaimana pula sekiranya tema taman hiburan itu memang sengaja dibuat untuk menakutkan pengunjung? Selamat datang ke HELL FEST.  Filem HELL FEST ini berkisar mengenai sekumpulan remaja yang bermulut celupar memasuki sebuah taman tema yang menakutkan. Pada mulanya mereka ingat ia hanya sebuah […]

Siapa Yang Dapat Selamatkan Penduduk Bumi Daripada THE PREDATOR?

Siapa masih ingat lagi filem pertama dalam francais Predator yang ditayangkan sekitar tahun 1987? Filem ini menampilkan aktor bertubuh sasa Arnold Schwarzenegger sebagai ketua kumpulan elit tentera dengan misi menyelamatkan mangsa penculikan gerila yang ditahan di dalam hutan di Amerika Tengah. Itu pertama kali penonton diperkenalkan dengan satu makhluk asing yang bertubuh seperti manusia, sangat bijak […]

Kain Batik Bukan Lagi Hanya Kain Basahan

Kain batik, walaupun si pemakainya tidak tahu cara pemakaian dengan aturan yang betul, tetapi ia adalah satu kain sarung yang sangat penting untuk seorang wanita. Tidak lengkap dalam sesuatu rumah Melayu sekiranya tidak ada kain batik atau untuk orang lelaki, kain pelikat. Kain batik ini merupakan pakaian wajib bagi Melayu dahulu. Bukan saja boleh dibuat […]

CINDERELLA AND THE SECRET PRINCE, Misi Menyelamat Putera Raja

Cerita dongeng gadis bernama Cinderella sudah banyak diangkat menjadi filem dalam pelbagai genre.  Kisah dongeng yang ditulis oleh Brothers Grimm ini mula popular selepas Disney menerbitkan filem animasi Cinderella pada tahun 1950. Kisah dongeng ini begitu popular sehingga ia diangkat sekali lagi sebagai filem animasi 3D terbaharu yang bakal menemui peminat-peminatnya bermula pertengahan bulan Ogos ini. CINDERELLA […]

Gadis Pemberontak Bersemuka Dengan Entiti Lama Dalam Down A Dark Hall

Nampaknya bulan Ogos ini ada satu lagi filem seram yang akan menemui peminat-peminat filem bergenre begini. Ia juga merupakan adaptasi daripada sebuah novel remaja. Novel DOWN A DARK HALL merupakan satu-satunya novel remaja dengan genre fiksyen gothic yang ditulis oleh penulis bernama Lois Duncan. Beliau juga merupakan penulis I Know What You Did Last Summer.  Filem […]

DARKEST MINDS Uji Minda Kuasa Luar Biasa Remaja

Dunia kanak-kanak sering diselubungi oleh imaginasi yang tinggi. Ada yang berangan-angan mampu terbang seperi adiwira Superman, atau mempunyai gajet moden dan canggih yang mampu menyelamat dunia seperti Batman. Bagaimana pula dengan imaginasi kanak-kanak yang mempunyai kuasa luar biasa seperti dapat membaca minda orang lain, menghilangkan diri atau menggerakkan objek tanpa perlu melakukannya secara fizikal. Bagaimana […]

Berkongsi Rumah Dengan Entiti Jahat Dalam OUR HOUSE

Pengalaman rumah dihantui entiti atau paranormal, memang sudah banyak difilemkan. Kisah seram seperti Amityville House atau siri filem Paranormal Activity menjadi antara filem yang diterima baik oleh penggemar-penggemar filem seram. Kisah seram seperti ini biasanya terjadi akibat kejadian pembunuhan ataupun kekejaman yang berlaku di rumah sebelum ini. Tetapi, bagaimana pula sekiranya teknologi yang menyebabkan sesuatu aktiviti […]

Sylvester Masuk Penjara Dalam ESCAPE PLAN 2: HADES

Bagi anda yang pernah menonton filem Escape Plan lakonan pelakon aksi hebat Sylvester Stallone bersama Arnold Schwarzenegger,  jangan lepaskan peluang untuk saksikan sekuel terbaharu filem ini, ESCAPE PLANE 2: HADES Walaupun Arnold tidak berlakon untuk sekuel kali ini, Curtis ‘50 Cent’ Jackson kembali membintangi filem ini dan melakonkan watak Hush, seorang pakar teknologi. Sementara itu […]

HOTEL ARTEMIS: Hospital Istimewa Untuk Penjenayah

Bagi peminat yang sentiasa menunggukan kemunculan pelakon hebat Jodie Foster, anda perlu menonton filem HOTEL ARTEMIS yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Jodie Foster memang pelakon serba boleh. Popularitinya semakin memuncak ketika berlakon filem Silence of the Lamb (1991) bersama Anthony Hopkins. Ketika itu Jodie berlakon sebagai pelatih FBI yang menemuramah Dr Hannibal Lecter, ahli psikiatris dan pembunuh […]

SICARIO DAY OF THE SOLDADO: AS Isytihar Perang Atas Kartel Dadah

Kisah mengenai peperangan antara kartel dadah di selatan Amerika memang menjadi pilihan penerbit dan pengarah dalam menerbitkan dan mengarahkan filem bercorak aksi dan jenayah-thriller. Namun untuk filem SICARIO: DAY OF THE SOLDADO ini, bukan setakat berkisar mengenai kartel dadah tetapi ia juga mengangkat isu besar yang berkait dan kini menjadi jenayah utama iaitu turut menjadi ‘pengeksport’ […]