Bagaimana Menjalani Latihan Gimnasium Gaya Rejim Ala Dwayne Johnson

Dwayne Johnson telah mengumumkan di Instagram bahawa dia kini mencapai “best shape of his life” setelah melalui latihan keras, mencurahkan dedikasi dan menghabiskan sepenuh masanya di gimnasium.

Menurut Johnson, sejak usia 13 tahun lagi beliau memaksakan diri menahan air mata demi menjalani latihan peringkat hard core. Baginya, memecahkan ‘halangan besi-besi’ di gimnasium adalah satu kepuasan yang menyeronokkan.

Johnson juga mengakui latihan keras ini sebagai terapi bagi dirinya untuk melupakan pengalaman dihalau dari kediaman kerana tidak mampu membayar sewa rumah.

https://www.instagram.com/p/BmMg7x-Fk6H/?hl=en&taken-by=therock

Pada usia mencecah 46 tahun, memiliki otot sado, kuat dan masih bertenaga bukanlah mudah. Namun, Johnson telah membuktikan bahawa usia tidak menjadi halangan untuknya mendapatkan bentuk badan idaman.

Tips Latihan Gimnasium Gaya Rejim Dwayne Johnson 

Rejim latihan keras Dwayne Johnson di gimnasium bukan lagi rahsia kerana beliau sentiasa berkongsi pengalaman bersama peminatnya di media sosial terutamanya di Instagram. 

Kaedah latihan rejim Johnson ke atas dirinya mungkin tidak sesuai bagi semua golongan. Namun, bagi anda yang ingin tahu, berikut ialah 10 teknik latihan regim yang dilakukan oleh Dwayne Johnson untuk bentuk badan idaman.

1. Bangun seawal 3.45 pagi untuk sarapan

Menurut Johnson, sesi latihannya bermula pada jam 3.45 pagi yang dimulai dengan sarapan beberapa minit sebelum memulakan latihan. 

2. Mulakan Dengan Latihan Kardio 

Latihan kardio baik untuk pembakaran lemak.  Gunakan mesin Elliptical, Treadmill, Stair Climber, Cycling atau dengan senaman menggunakan peralatan berat seperti Kettlebells.

3. Latihan Gimnasium 5 – 6 Kali Seminggu

Hampir setiap hari Johnson menjalani latihan di gimnasium. Setiap sesi dibahagikan masa antara 80 minit sehingga 120 minit. Jika masa terhad di waktu sinag hari, Johnson akan pastikan tempoh masa yang ditetapkan dipenuhi pada latihan sesi malam. 

4. Fokus pada bahagian otot badan

Sesi latihan Johnson difokuskan kepada bahagian otot penting seperti lengan, belakang badan, bahu, dada, bisep dan trisep. 

5.  Menggunakan peralatan angkat berat melebihi 120 kilogram

Sebagai seorang ahli bina badan, Johnson sentiasa beraksi dengan peralatan angkat berat melebihi 120 kg. Lebih ekstrim lagi, Johnson melakukan senaman kekuatan di bahagian abdomen untuk kekuatan pinggul dan pinggang menggunakan weight-lifting dengan berat melebihi 120 kilogram. 

*Senaman regim ini tidak sesuai dilakukan untuk semua golongan terutama yang baru hendak mula latihan ekstrim ini.

https://www.instagram.com/p/BlzOR-PA4aw/?taken-by=therock

6. Tidak bermain-main di gimnasium. Rehat antara 60 – 90 saat sahaja

Menurut Johnson, tiada masa untuk bermain-main di gimnasium. Beliau memastikan sepenuh masa yang diluangkan difokuskan sepenuhnya dengan latihan yang ketat. Beliau hanya rehat tidak melebihi tiga minit bagi setiap sesi. Latihannya sentiasa berubah dan disesuaikan mengikut keadaan.

7.  Bahagikan senaman otot mengikut hari

Anatomi badan manusia terbahagi kepada otot atas, otot bawah dan abdomen. Johnson akan membahagikan setiap bahagian otot mengikut hari. Sebagai contoh, jika hari tersebut difokuskan ke bahagian otot bahu, Johnson akan melakukan lebih senaman menggunakan dumbell dan cable row termasuk kaedah side lateral raise atau bahagian sisi kiri dan kanan bahu.

8. Menggunakan peralatan angkat berat paling berat

Johnson menyukai senaman rejim paling berat. Menurut Johnson semakin berat peralatan yang digunakan, semakin baik kesannya untuk otot badan.

Namun perlu diingatkan, peralatan yang digunakan perlulah mengikut kesesuaian saiz badan masing-masing. 

9. Senaman tanpa penghawa dingin

Bagi Johnson, perpeluhan maksimum amat penting semasa menjalani latihan di gimnasium. Johson memilih menjalani latihan gimnasium yang berada dalam suhu 32°C atau lebih panas berbanding dengan gimnasium berhawa dingin.

10. Menu cheat-day yang ringkas 

Johnson mempunyai diet pemakanan yang sangat ketat. Namun, pada hari-hari tertentu, Johnson akan menikmati cheat-day iaitu hari makan tanpa diet. 

Walapun begitu, cheat-day bukanlah bermaksud anda boleh nikmati makanan berkalori tinggi seperti makanan segera dan sebagainya.

Menu cheat-day yang menjadi pilihan Johnson ialah sushi, penkek mentega kacang dan biskut coklat chip.

Johnson juga lebih menggemari minuman kopi berbanding teh. 

https://www.instagram.com/p/Bl11M27l5JX/?taken-by=therock

Sekarang anda sudah mempunyai gambaran bagaimana Dwayne Johson melalui latihan rejim di gimnasium sehingga mampu memiliki bentuk badan sado yang begitu mengagumkan. 

Semoga anda akan lebih bermotavasi untuk bekerja keras di gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan sado yang diimpikan terutama bagi kaum lelaki. 

Facebook Comments