Berapakah Gaji Yang Diperlukan Untuk Memiliki Rumah Impian Anda?

Dengan keadaan sekarang, di mana harga rumah hampir setiap tahun terus meningkat, kami pastri ramai dalam kalangan pembaca pening kepala bagaimana mahu mengumpul duit untuk memiliki rumah idaman.

Yelah, siapalah yang di dunia ini yang tidak mahu memiliki rumah sendiri. Rumah yang dimiliki atas penat lelah berkerja di sepanjang hidupnya. Takkanlah nak menyewa rumah orang sampai tua, tambah-tambah kalau sudah berkeluarga dan rumah yang disewa tidak lagi mampu untuk menampung ahli keluarga yang semakin bertambah.

Itu belum lagi bercakap soal perasaan diri sendiri setiap kali sanak-saudara datang ke rumah dan bertanya bilakah mahu membeli rumah sendiri dan sebagainya. Kadang-kadang, terbit jugalah rasa malu.

Tapi, kalau anda ingin memiliki rumah impian anda, yang selesa untuk ahli keluarga anda, berapakah gaji yang anda perlu. Misalnya, jika rumah yang anda berkenan bernilai RM 300 ribu, berapakah tangga gaji yang anda perlukan untuk membolehkan impian anda tersebut tercapai.

Yelah, cara pengiraannya pun kita tak tahu. Seharian sibuk bekerja, sudah tentu tiada masa untuk ke kelas hartanah atau pun berjumpa dengan pakar bagi mengetahui selok-belok pembelian rumah kan?

Hartabumi.com ada jawapannya. Malah, pakar-pakar hartanah di sana sudah pun membuat pengiraan untuk anda sebenarnya. Jom baca perkongsian tersebut di bawah.

Pernah terfikir berapa gaji yang diperlukan untuk memiliki rumah idaman anda? Kami di Hartabumi dah kirakan untuk anda!Sebarkan agar bermanfaat.

1. Untuk yang mempunyai gaji bersih RM1500

2. Untuk yang mempunyai gaji bersih RM2500

3. Untuk yang mempunyai gaji bersih RM4000

4. Untuk yang mempunyai gaji bersih RM6000

5. Untuk yang mempunyai gaji bersih RM10,000

Ok, memandangkan anda semua dah tahu rumah yang mampu anda beli dengan gaji anda, kini tibalah masa untuk FORMULA KIRA HARGA RUMAH MAMPU BELI ANDA!

Anda WAJIB kenal pasti kelayakan pinjaman anda. Jangan main apply ya.

Selepas itu asingkan komitmen anda dan mula kira harga rumah mampu beli anda!

Contoh baki monthly repayment ialah 200. Syarat normal pinjaman bank ialah 35 tahun atau 420 bulan.

Sumber : Hartabumi.com

Facebook Comments