8 Burger Tepi Jalan ‘Best Of The Best’ Di Lembah Klang

burger tepi jalan.McDonald’s Malaysia Perkenal Burger Nasi Lemak

Anda tahu dimanakah burger tepi jalan sedap hingga menjilat jari di sekitar Lembah Klang? Kalau tak tahu, tidak mengapa kerana kami ingin berkongsi tempat rahsia burger tepi jalan sedap di sekitar Lembah Klang.

Burger tepi jalan pujaan hati rakyat Malaysia

Inilah 8 burger tepi jalan ‘best of the best’ yang wajib anda cuba sekali seumur hidup. Cakap rasa, cukup aroma, semuanya bersatu dengan sempurna.

1. Burger Pak Yeop

Burger istimewa di sini ialah burger paprik. Kalau anda datang ke sini, menu ini wajib dipesan kerana ia lain daripada yang lain. Harganya cuma RM4.50.

Burger lain yang dijual di sini pun wajib anda cuba kerana semua burger di sini dimasak dengan penuh cinta dan kasih sayang oleh Pak Yeop.

2. Daily Burger

Daily Burger ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah tersohor sejak dahulu lagi terutamanya dalam kalangan para penduduk Gombak.

Senang sahaja hendak mencari Gerai Daily Burger ini kerana ia terletak di hadapan 7-Eleven Taman Sri Gombak – inilah tanda lanskap untuk gerai burger yang menjual burger daging rusa yang sukar untuk didapati di tempat lain.

3. Big Guy Burger

Walaupun harga burger di sini agak mahal berbanding gerai burger yang lain namun rasanya amat berbaloi dengan harga yang anda bayar.

Keistimewaan Big Guy Burger ini adalah dagingnya diproses sendiri menjadikan daging burgernya agak kasar dan sangat nikmat apabila dikunyah secara perlahan-lahan. Jus dagingnya terus meleleh sebaik sahaja digigit.

4. Om Burger

Walaupun rupanya mungkin tidak seberapa tetapi yang pasti, rasanya itu yang menangkap jiwa, mulut dan perut para pelanggan. 

Di sini, anda terpaksa menunggu sekitar 15-20 minit kerana ramai juga yang beratur membelinya walaupun sedah lewat malam.

5. Burger Bobby Simpang Tiga

Kalau anda tanya pada penduduk Taman Lembah Keramat akan kewujudan dan kesedapan Burger Bobby Simpang Tiga ini, pasti mereka sebulat suara mengesyorkan burger istimewa ini.

Hidangan burgernya sangat meriah dengan sayur-sayuran yang rangup dan limpahan sos yang menyelerakan. BangsarBabe Special Beef Single yang berharag RM3.50 paling popular di sini.

6. Burger Taman Melati

Burger ini dikenali juga sebagai Burger Kedai Pondan yang terletak berdekatan Klinik Hamidah di Taman Melati.

Burger Taman Melati ini dikatakan sebagai pesaing terdekat Om Burger yang dikatakan burger paling sedap di Kuala Lumpur (street burger) mengikut penarafan The Star. 

7. Burger Ganja

Sekali anda makan Burger Ganja pasti anda ketagih dan teringat-ingat keenakkannya. Burger Ganja popular dalam kalangan para pelajar Universiti Malaysia dan penduduk Lembah Pantai.

Ia mula mendapat tempat di hati pelanggan dek kerana lokasinya yang strategik yang terletak bersebelahan Universiti Malaya, pintu Kuala Lumpur.

Tanyalah alumni Universiti Malaya, pasti mereka tidak akan melupkan burger tepi jalan ini.

Nama gelaran Burger Ganja itu sendiri diberi bersebab. Pasti tersangkut dan teringat-ingat selepasa makan.

8. Burger Zam

Zam Burger merupakan gerai burger yang dianggap cerita dongeng, menjadi buah mulut ramai orang kerana keenakkan burgernya yang unik dan lokasinya sukar untuk dicari.
Zam Burger dibuka di hadapan rumahnya di tengah kesibukan pasar malam Uptown di Danau Kota. Ramai yang tidak tahu mengenai gerai burger ini melainkan anda pengunjung tetap Uptown Danau Kota.

Facebook Comments