Cabaran Untuk Membuktikan Kewujudan Kuntilanak

Jika anda diberikan sejumlah wang yang banyak, berserta dengan rumah dan kereta. Nak tak?

Tapi dengan satu syarat, anda kena duduk dalam rumah yang terbiar selama berpuluh tahun untuk membuktikan bahawa pontianak ini wujud.

Seperti filem KUNTILANAK yang bakal masuk panggung pada 15 Jun ini.

Foto Kredit: youtube.com/mvppicturesiv

Kuntilanak? Ya, kuntilanak itu pontianaklah, cumanya versi Indonesia.

Seperti yang kita tahu, Indonesia sangat terkenal dengan cerita seram mereka yang berkaitan dengan Kuntilanak.

Bermacam-macam versi yang boleh kita tengok. Dari yang kelakar kepada yang seram.

Foto Kredit: brilio.net

Setelah, karya pertama beliau pada tahun 2006, berjaya dan mendapat sambutan yang memberangsangkan, rumah produksi MVP Pictures sekali lagi berkerjasama dengan Rizal Montovani untuk kembali membuat filem Kuntilanak 2.0.

Filem ini, diarahkan oleh Rizal Mantovani dan ditulis oleh Alim Sudio. Filem ini turut dibintangi oleh pelakon muda yang sangat berbakat seperti, Sandrinna M Skornicki, Andryan Bima, Ciara Nadine Brosnan dan banyak lagi.

Foto Kredit: muterfilm.id

Jika sebelum ini, filem Kuntilanak (2006) menceritakan tentang seorang gadis bernama Samantha, dimana dia mempunyai kemampuan untuk memanggil serta memerintah Kuntilanak untuk melakukan apa sahaja yang dia mahukan.

Namun, filem Kuntilanak kali ini dapat sentuhan yang berbeza dari cerita seram Indonesia sebelum ini. Filem Kuntilanak kali ini, berkisar mengenai sekumpulan kanak-kanak yang nekad untuk menerokai rumah yang sudah lama ditinggalkan semata-mata mahu menang dalam pertandingan yang dianjurkan oleh sebuah reality show.

Bukan itu saja, mereka juga harus membuktikan kewujudan Kuntilanak yang suka menculik budak.

Kumpulan kanak-kanak ini, tidak menyangka bahawa keseronokan mereka akan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Kunntilanak tersebut betul-betul keluar melalui cermin kuno untuk memburu mereka sebagai korban baru.

Foto Kredit: brilio.net

Apakah yang berlaku selepas itu? Adakah kumpulan kanak-kanak tersebut akan selamat? Siapakah yang akan menyelamatkan mereka?

Jangan lupa saksikan filem Kuntilanak versi baru ini di pawagam pada 15 Jun yang akan tiba ini. Untuk mendapat 2 tiket percuma, boleh ke Facebook KAKI SINI.

Facebook Comments