Carta 5 Teratas Roti Canai Halal Di Pulau Mutiara

roti canai10 makanan sedap penuh nostalgia rakyat Malaysia

Roti canai merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia yang kebiasaannya dimakan sewaktu bersarapan. Kelembutan roti dan kepekatan kuah kari dan dhal yang membuatkan ramai orang tergilak-gilakannya. Makan sekeping memang tidak cukup.

Mana satu roti canai sedap?

Tahu tak di mana tempat terbaik untuk menikmati makanan warisan Malaysia ini yang rasanya begitu sempurna? Sudah tentu Pulau Pinang atau Penang, sebuah syurga makanan di Malaysia. Berikut merupakan Carta 8 Roti Canai Teratas Di Penang:

Kedai ini adalah antara kedai yang sesuai untuk dilawati pada waktu pagi oleh sebab keistimewaan sarapan pagi yang mereka sediakan terutamanya roti canai lembut dan gebu yang digandingkan dengan kari ayam paha pilihan ramai.

Alamat: 110-114, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

Waktu Operasi: 8:00 AM – 11:00 AM

Kata orang roti canai di sini lebih sedap daripada di Transfer Road disebabkan kuah karinya yang pekat dan sedikit pedas yang akan membanjiri roti anda sehingga tidak kelihatan langsung dalam pinggan. Ia juga ditutup pada malam Jumaat dan petang Ahad.

Alamat: 51, 29, Jalan Gemas, Taman Kampar, 10460 George Town, Malaysia.

Waktu Operasi: 7:00 AM – 12:00 PM, 06:00 PM – 08:00 PM Isnin Tutup

Jangan pandang enteng pada lokasi kedai makanan ini kerana di sebalik rupanya yang usang terdapat sebuah penyeri lain iaitu rasa sedap roti canai dan makanan lain di sini. Sekali cuba pasti teringat-ingat dan nak cuba lagi.

Alamat: 178, 136, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

Waktu Operasi: 8:00 PM – 3:00 AM Rabu Tutup

Bukan di bahagian Pulau, kedai roti canai ini terletak di seberang. Kedai roti canai ini terletak berhadapan Balai Polis Teluk Air Tawar. Kelembutan roti di sini bukan sahaja menarik minat orang Melayu sahaja malahan orang Cina dan India juga sanggup menunggu untuk mendapat tempat duduk ataupun beratur panjang untuk dibawa pulang.

Alamat: 1553 B, Jalan Teluk Air Tawar, Telok Air Tawar, 13050 Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia

Waktu Operasi: 7 AM to 12 PM Selasa Tutup

Di sini, mereka hanya menyediakan roti canai dengan pelbagai kuah kari tanpa menjual makanan sarapan pagi yang lain. Untuk makan di sini juga merupakan suatu cabaran kerana meja sentiasa penuh dengan para pelanggan. Konsep restoran ini adalah siapa cepat dia dapat.

Alamat:  Jalan Argyll, 10050, Georgetown, Penang, Malaysia.

Waktu Operasi: 5:30 AM to 12:15 PM

Facebook Comments