Demi Menyelamatkan Kekasih, Tiga Vlogger Kembara Maut Bersama-Sama

Tiga pengembara YouTube dan media sosial dari Kanada meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Shannon Falls, British Columbia, Kanada, Selasa lalu. 

Ryker Gamble dan Elexey Lyakh turut maut selepas keduanya cuba untuk menyelamatkan Megan Scraper yang dilihat oleh saksi, tergelincir dan jatuh dari puncak air terjun. 

Scraper berusia 29 tahun manakala Lyakh dan Gamble berumur 30 tahun. Lyakh dan Scraper sebenarnya merupakan pasangan kekasih romantis yang akhirnya mati bersama. 

Ryker Gamble dan Elexey Lyakh adalah dua daripada anggota kembara High On Life yang banyak berkongsi video kembara profesional mereka ke pelbagai negara menerusi saluran YouTube. Mereka juga sering terlibat dalam sukan ektrim seperti terjunan air terjun curam. Lebih daripada setengah juta mengikuti saluran youtube High On Life manakala pengikut Instagram melebihi satu juta. 

Scraper yang lebih dikenali sebagai Lindy The Lion pula menjalankan perniagaan secara online sambil mengembara.

Dalam video terbaru selepas kemalangan, anggota High On Life meluahkan kesedihan mereka di atas kehilangan ketiga-tiga rakan mereka. Video ini mendapat lebih daripada 1 juta tontonan dalam masa dua hari.

 

Facebook Comments