Facebook Perkenal ‘Marketplace’ Di Malaysia

Facebook  memperkenalkan ‘Marketplace’ atau pasaran, di Malaysia, yang membolehkan pengguna melihat, membeli dan menjual barangan melalui platform media sosial.

Pengarah pengurusan produk di Facebook, Karandeep Anand dalam satu kenyataan menyatakan Sebanyak 700 juta orang sudah membeli dan menjual secara berkumpulan di Facebook setiap bulan. Perkara ini membuatkan pihak facebook untuk membawa ‘Marketplace’ ke Malaysia dan memudahkan pencarian, membeli dan menjual barangan.

Kredit imej: HardwareZone.com.ph

Sama ada anda seorang ibu bapa baru yang mencari pakaian bayi atau pengumpul yang mencari barang yang jarang ditemui, Marketplace memudahkan pencarian untuk membeli apa yang diperlukan dan menjual apa sahaja.

Orang ramai akan selesa membeli dan menjual di Marketplace kerana mudah untuk melihat profil pembeli dan penjual, kawan bersama anda, dan berapa lama mereka berada di Facebook.

Kredit imej: Entrackr

Marketplace membolehkan pengguna menyenaraikan dan melayari barang untuk dijual dan menapis mengikut lokasi, harga dan kategori seperti barang isi rumah, elektronik dan pakaian.

Ciri berkenaan membolehkan pembeli dan penjual berkomunikasi melalui fungsi pesanan untuk membuat tawaran dan butiran transaksi, memandangkan Facebook tidak memudahkan pembayaran atau penyerahan barang.

Kredit imej: Adweek

Dengan penambahan Malaysia dan Indonesia, Marketplace kini boleh didapati di 70 negara di seluruh dunia.

Facebook Comments