Gambar Pembinaan Taman Tema 20th Century Fox World Genting Highland Yang Bakal Siap Tidak Lama Lagi

Pastinya ramai yang ingin mengetahui perkembangan proses pembinaan taman tema terunggul 20th Century Fox World Theme Park yang masih sedang berjalan di Genting Hinghland. Taman tema yang bakal menjadi pusat rekreasi terunggul di Asia ini pada awalnya dijangka siap pada tahun ini iaitu 2018. Tetapi proses pembinaannya dijangka akan berakhir pada tahun 2019.

Kita boleh lihat beberapa landasan tunggangan sudah pun dalam pembinaan walaupun proses perkembangan di sekitarnya masih dalam anggaran 50% disiapkan. 
Menara berbentuk seakan roket ini kemungkinan merupakan pintu utama masuk ke taman tema. 
Binaan bukit warna putih ini menyerupai tema filem animasi Ice Age. 
Video didapati dari Instagram Mr. Greg Pearn yang merupakan salah seorang pekerja dari UK yang terlibat dalam proses pembinaan taman tema ini.

Sedikit info tentang Taman Tema 20th Century Fox World (Malaysia)

Taman tema 20th Century Fox World ini merupakan sebahagian daripada Pelan Pelancongan Bersepadu Genting (GITP).

Kos pembinaan taman tema filem ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM2.5 bilion. Ia bagi menggantikan Taman Tema Genting Outdoor sebelum ini yang ditutup sejak 1 September 2013.

20th Century Fox World Malaysia ini merupakan tiga daripada taman tema 20th Century Fox yang bakal dibuka selain daripada Dubai dan Korea. Ia menjadi taman tema 20th Century Fox pertama di dunia bakal dibuka disusuli Dubai dan Korea.

Keluasan taman tema 20th Century Fox World Malaysia ini ialah 25 hektar. Semasa pembukaan taman tema ini nanti, pengunjung bakal menyaksikan tarikan seperti yang pernah mereka saksikan dalam beberapa filem dan animasi 20th Century Fox seperti Ice Age, Blue Sky Rio,Life Of Pi, Night at The Museum, Planet Of The Apes, Alien vs Predator, Titanic dan Sons Of Anarchy.

Ada lebih daripada 25 tarikan berkonsep filem-filem tersebut terdiri daripada tunggangan darat, tunggangan air dan lain-lain. Dijangkakan sebanyak dua juta pengunjung akan mengunjungi taman tema ini pada tahun pertama pembukaannya nanti.     

Facebook Comments