Guna Trick Ini Apabila Anda Makan Buffet

Semua orang suka buffet di mana anda boleh makan sebanyak mana yang anda mahu. Malaysia adalah negara terkenal apabila topik makanan dikeluarkan jadi jangan terperanjat jika anda boleh makan di mana sahaja pada setiap masa.

Kebanyakan restoran terutamanya hotel membuat promosi Buffet Ramadan untuk berbuka puasa. Dengan harga tersebut anda dapat makan sebanyak yang boleh tapi bagaimana untuk memanfaatkan wang yang anda telah bayar?

Sebelum Mula Makan

Kredit Foto: npr.org

“Kembangkan” perut

Dengan meminum air yang banyak untuk kembangkan perut anda. Air tersebut akan keluar dan membuatkan tisu perut anda mengembang. Dengan ini, lebih banyak anda boleh makan

Makan kurang

Semestinya anda sudah pun merancang untuk makan buffet terlebih dahulu jadi cuba kurangkan makan sebelum waktu tiba. Makan snek yang ringan dan mudah dihadam.

Banyakkan pergerakan

Dengan banyak bergerak, anda dapat sekurangnya buang kalori yang anda tidak perlukan supaya anda boleh menggantikan kalori tersebut semasa makan nanti.

Tiba Masa Untuk Makan

Kredit Foto: franchiseindia.com

Apabila anda telah dibenarkan untuk makan, kemungkinan besar anda ingin mengisi pinggan penuh dengan nasi atau pasta yang nampak menarik di bawah lampu pemanas bagaikan ia telah dipancar ‘nur’ dan ia nampak lebih menyelerakan.

Sebelum anda memenuhkan pinggan anda dengan makanan tersebut, buat pusingan dan tengok apa pilihan yang telah disediakan. Dari mula pembuka selera hingga pencuci mulut.

Waktu buffet inilah di mana anda boleh mencuba makanan yang anda tidak pernah cuba sebelum ini dan jika ia menyelerakan, tambah lagi. Tapi pastikan jika mencuba, ambil hanya untuk hidangan mencuba iaitu sedikit supaya jika anda tidak suka, anda tidak membazir.

Semasa anda menikmati makanan anda, pastikan anda makan dengan pelahan dan beri masa untuk badan anda sedar akan kemasukkan sejumlah makanan yang anda akan makan seterusnya dan mengelakkan anda terlebih makan.

Elakkan mengambil minuman bergula kerana ia akan menambah kalori yang anda tidak perlu. Lebih bagus jika anda menganti kalori dari gula tersebut dengan makanan *wink wink*

Setelah Makan

Kredit Foto: dailybear.org

Anda perlu bertukar pakaian anda dengan memakai pakaian yang lebih selesa seperti seluar yang mempunyai getah. Terima hakikat yang anda telah makan makanan yang sedap dan perlu bersenam kebesokkan harinya tapi buat sementara waktu, anda berada didalam food coma.

Harap tip ini boleh memberi idea kepada anda untuk apa nak makan untuk berbuka besok. Dan sekiranya anda didalam restoran, beretikalah sedikit dan Jangan Jadi Seperti Dia di Restoran

Facebook Comments