HOTEL ARTEMIS: Hospital Istimewa Untuk Penjenayah

Bagi peminat yang sentiasa menunggukan kemunculan pelakon hebat Jodie Foster, anda perlu menonton filem HOTEL ARTEMIS yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Jodie Foster memang pelakon serba boleh. Popularitinya semakin memuncak ketika berlakon filem Silence of the Lamb (1991) bersama Anthony Hopkins. Ketika itu Jodie berlakon sebagai pelatih FBI yang menemuramah Dr Hannibal Lecter, ahli psikiatris dan pembunuh kejam.

Untuk filem terbaharu HOTEL ARTEMIS ini, Jodie sekali lagi membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pelakon wanita versatil dengan memegang watak sebagai seorang tua, ketagihan alkohol dan pendiam yang dikenali sebagai Nurse.

Ini merupakan kemunculan Jodie Foster ke layar perak selepas 5 tahun tidak berlakon.

HOTEL ARTEMIS ini turut menyaksikan Jodie bergandingan dengan antaranya pelakon Jeff Goldblum, Sterling K. Brown, Sofia Boutella, Jeff Goldblum, Brian Tyree Henry, Jenny Slate, Zachary Quinto, Charlie Day dan Dave Bautista.

Filem HOTEL ARTEMIS ini mengisahkan hospital khusus untuk penjenayah yang terletak di Los Angeles. Ia bukanlah sebuah hospital sebenar, tetapi hotel yang diubahsuai untuk dijadikan hospital bagi merawat penjenayah yang menjadi ahli dan mampu membayar kos rawatan di ‘hospital’ ini. Nurse merupakan wanita yang bertanggungjawab menyediakan bilik rawatan sekiranya diperlukan.

Ketika berlaku kekacauan di Los Angeles pada 2028, pencuri (Sterling K. Brown) terpaksa membawa adiknya (Brian Tyree Henry) ke HOTEL ARTEMIS untuk mendapatkan rawatan. Nurse waktu itu sibuk merawat pembunuh upahan Perancis, pembekal senjata api dan seorang pegawai polis yang cedera.

Dalam kekacauan yang semakin memuncak, Nurse terpaksa membuat pilihan, melanggar peraturan hospital atau berdepan dengan perkara yang selama ini beliau cuba elakkan.

Filem ini merupakan arahan pertama, penulis skrip Drew Pearce. Konsep filem ini mungkin sama dengan filem John Wick kerana menggabungkan elemen lokaliti; contohnya kombinasi hotel dan hospital tetapi berlatar belakangkan tahun akan datang (futuristik) dengan penggunaan teknologi kedepan serta mengangkat isu semasa seperti kekacauan di Los Angeles dan pengswastaan bekalan air.

Jadi bagi peminat filem thriller seperti ini dan juga peminat Jodie Foster dan Jeff Goldblum, ini merupakan filem wajib tonton bagi anda. Sudah pasti anda tidak senang duduk dalam panggung.

HOTEL ARTEMIS ini akan ditanyangkan di panggung di seluruh Malaysia bermula 5 Julai ini. 

Jangan lupa untuk sertai peraduan tiket wayang PERCUMA di laman fb KAKI SINI mulai 26 Jun hingga 2 Julai ini. 

Facebook Comments