Hotel Best Western: Penginapan Pilihan Wajib Di Petaling Jaya

Cuti sekolah hujung tahun bakal tiba tidak lama lagi. Sudah tentu ibu bapa sudah mempunyai perancangan sendiri bagi memastikan waktu lapang anak-anak terisi. Jadi sudah tentu ibu bapa sudah merancang lokasi percutian bagi memenuhi waktu lapang semasa cuti nanti. Dalam perancangan percutian, tentu sahaja penginapan merupakan aspek penting dalam memastikan keselesaan dan keseronokan bercuti.

Jika anda bercadang untuk bercuti di sekitar ibu kota, hotel Best Western yang terletak di Petaling Jaya merupakan penginapan yang sangat dicadangkan untuk anda sekeluarga menginap.

Best Western merupakan sebuah lokasi penginapan jenis bisnes yang berkonsepkan kontemporari moden serta menawarkan bilik luas dengan gaya dekorasi menarik dan tidak terlalu sarat.

Melangkah masuk ke ruang lobi hotel, kedatangan anda akan disambut dengan senyuman dan layanan mesra dari penyambut tetamu yang membantu anda untuk membuat pilihan bilik mengikut bajet dan kesesuaian.

Dekorasi ruang legar lobi nampak ringkas, namun begitu ianya sudah cukup membuatkan kita berasa tidak sabar untuk menuju ke ruang bilik. Lebih memudahkan, apabila ruang lobi bersebelahan dengan Kembali Kitchen. Sambil menunggu bilik disediakan, bolehlah menjamu selera. 

Konsep ringkas dan moden yang diketengahkan mencuri perhatian pengunjung sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sini. Deko hotel ini yang tidak sarat namun masih menetapkan konsep santai sesuai untuk semua golongan.

Keistimewaan hotel

Di Best Western, segala usaha dilakukan untuk membuatkan tetamu berasa selesa. Oleh yang demikian, hotel ini menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik. Lif, layanan staf, tempat letak kereta yang mudah, sarapan pagi, bilik yang luas, Wifi percuma, pengawasan cctv, pengering rambut, dan juga ruang kafe serta bar yang boleh digunakan oleh tetamu di hotel ini.

Hotel ini juga menyediakan makanan halal dan sedap bagi memudahkan pengunjung menjamu selera tanpa perlu keluar. Selain itu, setiap bilik dilengkapi dengan penanda arah kiblat bagi memudahkan tetamu muslim menunaikan solat.

Terdapat 4 jenis pilihan bilik yang boleh dipilih sesuai dengan bajet dan saiz tetamu. Namun, apa yang seronoknya, keluasan bilik-bilik di hotel ini sangat memuaskan dan amat sesuai bagi tetamu yang datang secara berkeluarga mahupun kumpulan lebih dari 3 orang.

Dari segi keluasan, dekorasi dan kemudahan yang ditawarkan sangatlah berbaloi dengan kadar harga yang bermula dari RM185 satu malam.

Antara jenis-jenis bilik yang boleh dipilih adalah Superior twin, Club floor superior, Executive suite dan Presidential suite. 

1. Superior twin

Bilik yang dilengkapi dengan 2 katil bersaiz single dengan kemudahan WiFi tanpa had, telefon, set kopi dan cerek, TV skrin rata dan pengering rambut sangat membuatkan anda selesa. Konsep hiasan dalaman yang ringkas dan bersederhana membuatkan para tetamu berasa lebih santai.

Dekorasi lampu gantung dan kerusi rehat di sudut tepi menaikkan lagi seri ruang bilik.  Bilik ini sesuai untuk seorang atau dua orang tetamu.

Harga promosi yang ditawarkan adalah RM185 semalam. Bagi harga setiap bilik adalah berlainan mengikut promosi yang ditawarkan dari masa ke semasa.

2. Club floor Superior

Untuk bilik ini, tidak jauh bezanya dengan bilik superior twin, cuma ia menawarkan 2 buah katil superior twin hollywood (katil rapat) yang sesuai bagi tetamu yang datang bersama rakan. Dekorasi bilik ini dihiasi dekorasi bunga dinding, menambahkan lagi cetusan ketenangan untuk para tetamu berehat.

Hiasan lampu tidur di sisi katil memberikan aura yang mengujakan.

3. Executive suite

Bilik ini sangat sesuai untuk tetamu berkeluarga kerana ia dilengkapi dengan 1 katil bersaiz king. Sesuai juga untuk pasangan yang berbulan madu. Ruang luas sangat memudahkan dan memberi keselesaan bagi tetamu bergerak.

Turut dilengkapi dengan penghawa dingin, telefon, wifi, pengering rambut, ruang menyangkut baju, seterika dan pelbagai lagi merupakan kemudahan yang cukup selesa lebih-lebih lagi bagi tetamu berkeluarga yang datang bersama anak kecil.

4. Presidential suite

Bilik ini lebih besar berbanding bilik-bilik lain yang ditawarkan. Bilik bersaiz besar ini juga sesuai bagi tetamu berkeluarga mahupun tetamu yang datang berkumpulan.

Dilengkapi dengan 1 buah katil bersaiz king, ruang santai dengan kerusi sisi sesuai bagi tetamu menonton tv dan sebagai ruang sembang. Bilik ini juga turut dilengkapi dengan cermin dinding bagi memudahkan tetamu berdandan. Apa yang menariknya, bilik ini turut dilengkapi satu ruang sofa dan dapur ringkas sesuai bagi anda yang mahukan tempat santai dan berbual sambil menyediakan minuman panas.

Lebih menarik lagi, hotel ini menyediakan bilik seminar yang mampu memuatkan maksimum 100 orang dalam satu masa. Bagi anda, yang datang ke ibu kota atas urusan kerja dan perniagaan, hotel ini amat sesuai selain faktor lokasi yang strategik memudahkan akses kemana sahaja destinasi.

Selain itu, hotel ini juga turut menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi seperti gimnasium, kolam renang, jakuzi, sauna dan rooftop Skyz Dine & Bar.

Untuk hotel ini, kami memberikan kadar 4 bintang dan meletakkan ia ‘recommended’ kerana hotel ini sangat selesa, bersih, menarik dan mempunyai pelbagai kemudahan setaraf hotel 5 bintang.

Jika anda berminat untuk merasai pengalaman menginap di hotel hebat ini, anda boleh membuat tempahan dengan melayari laman facebook Best Western. Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan penginapan melalui laman web atas talian seperti agoda.com, booking.com, tripadvisor, traveloka.com, trivago.com dan banyak lagi. 

Alamat:  1, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46100 Petaling Jaya, Selangor

No.telefon:03-7610 2222

Emel: info@bestwesternpj.com.my

Facebook Comments