IKEA Perkenal Jualan Online 2018

IKEA hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan membuka kedai IKEA keempat di Malaysia pada 2019 di Pulau Pinang. Pada masa yang sama, pihak IKEA turut berkongsi mengatakan mereka bakal menawarkan perkhidmatan e-dagang untuk pengguna tempatan pada awal tahun 2018.

Kredit imej: Malaysia Megasales

Melalui perkhidmatan e-dagang, ia akan memudahkan para pengguna untuk mengakses dan mendapatkan produk-produk keluaran IKEA dengan mudah dan terus melalui pelayar web tanpa perlu ke IKEA berdekatan.

Kredit imej: www.ikea.com

Pengenalan kedai atas talian ini juga akan membolehkan mereka dapat menampung permintaan tinggi untuk produk-produk jualan terutamanya daripada para pengguna yang tidak berada berdekatan dengan IKEA.

Kredit imej: Malaysia Megasales

Buat masa ini, Ikea berada di tiga lokasi, iaitu Damansara, Cheras dan juga bakal dibuka di Tebrau.

Facebook Comments