Ini Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Tempah Airbnb

Airbnb ini adalah satu platform untuk memudahkan orang ramai mencari penginapan di seluruh dunia. Anda mungkin biasa menempah hotel setiap kali anda pergi melancong tak kiralah dalam ataupun luar negara. Tapi biasanya, ia memakan kos yang banyak.

Foto Kredit: economist.com

Tapi dengan adanya Airbnb ini, anda boleh memilih penginapan sesuai dengan bajet dan bilangan tetamu. Yang lagi menariknya, harganya sangat berpatutan. Namun, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum anda menempah penginapan daripada platform ini.

1. Buat perbandingan gambar dengan penerangan 

Kadang-kadang penerangan tidak sama dengan gambar yang dilampirkan. Ada sesetengah yang menggunakan sofa sebagai katil. Jadi pastikan anda lihat semua senaraikan padan dengan gambar yang mereka sertakan ataupun tidak. Perkara seperti ini jarang berlaku, tapi tak salah jika kita sediakan langkah berjaga-jaga.

Foto Kredit: thelocal.de

2. Baca review daripada pelanggan

Biasanya, jika kita ingin menempah hotel, perkara kedua yang akan kita lihat selepas harga, adalah review daripada pelanggan lain. Semakin tinggi rating dan review yang diberi, sudah pasti hotel tersebut bagus. Jadi, ambillah masa sedikit untuk membaca review. Jika terkena dengan pemilik atau rumah yang tak bagus, hilang pula mood bercuti nanti.

3. Pastikan ada pelan kedua 

Kadang-kadang ada perkara yang kita tidak dapat elakkan daripada berlaku. Itulah sebabnya kita kena sentiasa ada pelan kedua atau backup plan. Sekurang-kurangnya, kalau tuan rumah terpaksa batalkan tempahan kita pada saat akhir, kita ada langkah penyelesaiannya. Anda juga wajib follow-up sekali lagi tempahan anda 1 minggu atau 3 hari sebelum anda terbang. Sentiasa bersedia untuk perkara-perkara yang tidak dijangka.

4. Kaji kawasan tempat tingal anda

Sebelum anda membuat tempahan, pastikan anda kaji dulu kawasan tempat tinggal anda, takut nanti tiba-tiba di kawasan yang tak diingini seperti kawasan berbahaya. Anda juga digalakkan untuk mencari penginapan yang dekat dengan pengangkutan awam supaya senang untuk anda bergerak kemana-mana.

5. Berinteraksi dengan pemilik tersebut

Hantarkan email ataupu mesej kepada pemilik rumah tersebut, sebelum anda betul-betul yakin untuk menginap di situ. Tanya mereka soalan dan dapatkan info-info berguna tentang apa yang anda boleh lakukan sekitar kawasan tersebut.

Foto Kredit: press.atairbnb.com

6. Baca polisi

Pastikan anda membaca polisi terlebih dahulu sebab setiap rumah mempunyai polisi yang berbeza. Jika anda terpaksa membatalkan tempahan anda, anda perlu mengikuti polisi yang ditetapkan oleh tuan rumah tersebut. Untuk pengetahuan anda juga, sistem rating airbnb ialah sistem dua hala di imana, bukan anda sahaja yang boleh buat review terhadap tuan rumah, malah tuan rumah juga boleh membuat review tentang anda.

Bunyinya macam agak melecehkan. Tapi, anda pasti akan merasa seronok menginap di airbnb. Bukan saja murah, malah tuan rumah juga baik dan ramah.

Facebook Comments