Jepun Haramkan Airbnb? Ini Yang Perlu Anda Tahu

Baru-baru ini, negara Jepun telah mengharamkan perkhidmatan Airbnb di negara tersebut. Disebabkan hal ini, lebih daripada 60,000 ribu rumah, apartment dan juga bilik terjejas dan telah dikeluarkan daripada laman web Airbnb, dan hanya 13,000 yang tinggal.

Hal ini berlaku, disebabkan oleh peraturan ataupun undang-undang terbaru Jepun iaitu, minpaku law yang telah berkuat kuasa sepenuhnya pada 15 jun yang lalu. Bagi anda yang bakal ke Jepun dalam masa terdekat ini, bolehlah baca berkaitan krisis yang menimpa Airbnb di negara tersebut.

Apa itu peraturan minpaku?

Menurut sumber daripada beberapa saluran media di Jepun, Minpaku adalah sebahagian daripada Akta Hotel dan Motel Jepun yang menyarankan kepada mereka yang ingin menyewakan bilik, hotel dan juga apartment mereka kepada pelancong perlu memohon lesen untuk mengekalkan status aktif pada Airbnb.

Foto Kredit: independent.co.uk

Selain itu juga, apabila peraturan ini berkuat kuasa, ia secara tidak langsung turut menghadkan tempoh penyewahan kepada 180 hari setahun sahaja.

Adakah saya akan terkena kesannya?

Bagi anda yang akan ke Jepun pada pertengahan bulan Jun ini pastinya akan turut sama terkena kesannya. Oleh itu, kami sarankan agar ada double-check dengan pemilik penginapan yang sudah tempah berkaitan dengan krisi ini. Walaupun syarikat Airbnb menyokong keputusan kerajaan Jepun, namun mereka juga telah memutuskan untuk membuat dana sebanyak 10 juta dolar untuk menampung tempahan yang telah dibatalkan.

Dan sekiranya tempahan anda sebelum ini telah dibatalkan, jangan panik. Kerana anda akan mendapatkan bayaran balik penuh (penginapan dan juga bayaran untuk caj penukaran tarikh penerbangan).

Apakah yang perlu saya lakukan?

Kepada anda yang turut terkena kesan daripada krisis ini, anda perlu menghantar salinan resit yang berkaitan kepada Airbnb melalui email untuk mendapat bayaran balik dalam masa 2 hingga 4 minggu. Namun, bagi mereka yang telah membuat tempahan pada ataupun selepas bulan Jun, anda boleh klik sini untuk maklumat bagaimana nak memohon bayaran balik.

Foto Kredit: pixabay.com

Adakah terdapat alternatif lain selain Airbnb?

Kepada mereka yang ingin bercuti ke Japan, dan mencari penginapan lain yang lebih murah berbanding hotel dan juga hostel, anda boleh mencuba platform yang hampir sama dengan Airbnb, iaitu Stay Japan dengan perlesenan sah.

Foto kredit: matadornetwork.com

Kesimpulannya, Airbnb sebenarnya bukanlah diharamkan sama sekali di negara Jepun. Cuma bilik, apartment dan juga rumah yang tidak mempunyai lesen sahaja yang telah dikeluarkan daripada laman web Airbnb.

Pertama kali jejak kaki ke Jepun? Jom baca Tips Untuk Anda Yang Akan Ke Jepun Pertama Kali. Jom baca Ini Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Tempah Airbnb.

Artikel ini telah diadaptasi daripada artikel have halal will travel.

Facebook Comments