Label “Secure” Pada Pelayar Chrome Akan Disingkirkan Bermula September

Mulai September 2018, Google akan menukar kaedah paparan keselamatan laman web yang dipaparkan kepada pengguna dalam pelayar Google Chrome.

Paparan URL yang menggunakan HTTPS akan dikeluarkan daripada tanda ikon kunci warna hijau dan tanpa tanda “Secure”.

Paparan URL bagi HTTP pula akan ditandai warna merah sebagai amaran “Not Secure”.

Paparan URL pada laman web HTTPS

Paparan URL pada laman web HTTP

Pada masa ini, URL laman web yang menggunakan HTTPS dilabel sebagai “Secure” dengan ikon kunci berwarna hijau. URL laman web yang menggunakan HTTP pula dipaparkan tanpa label dengan ikon 

Penyingkiran label “Secure” bagi HTTPS akan dimulai dalam pelancaran Chrome 69 pada September 2018 ini. Sementara itu, bagi label bertanda merah “Not Secure” dalam HTTP hanya akan ditambah dalam Chrome 70 pada bulan Oktober 2018.

Ini bermakna, dalam tempoh sebulan tersebut, pengguna Google akan hilang penggantungan terhadap ciri keselamatan pelayar Chrome dalam menentukan laman web yang selamat untuk dilawati.

HTTP (HyperText Transfer Protocol) atau Protokol Pemindahan Hiperteks adalah protokol perisian yang mengawal komunikasi antara pelayar dan laman web. Komunikasi antara pelayar dan laman web yang menggunakan HTTP bermaksud sebarang data yang dihantar melaluinya boleh dipintas oleh sesiapa sahaja.

HTTPS pula adalah versi selamat bagi HTTP untuk komunikasi antara pelayar dan laman web. Data yang dihantar melaluinya adalah sulit. Tiada siapa yang boleh membaca maklumat berkenaan. HTTPS lebih selamat dari kebocoran atau kecurian maklumat penting seperti maklumat kad kredit oleh penggodam.

 

Facebook Comments