Lelaki Pandai Berfesyen & Berdandan? Mungkin Anda Tergolong Sebagai Lelaki Metroseksual

Pernahkah anda mendengar istilah lelaki metroseksual? Lelaki metroseksual bukan merujuk kepada golongan lelaki yang melakukan amalan seks songsang seperti golongan gay.

Metroseksual merujuk kepada lelaki yang suka berdandan. Walaupun minat berdandan, mereka bukan seperti golongan transgender lelaki berpenampilan wanita.

Lelaki metroseksual dikatakan muncul seiring dengan perubahan dalam dunia industri terutama yang melibatkan dunia fesyen, kecantikan, kerjaya dan hiburan.

Penampilan lelaki metroseksual dilihat bergaya, sofistikated dan memenuhi ciri-ciri maskulin. Imej maskulin mereka sebagai lelaki diserlahkan melalui penampilan yang bergaya sebagai magnet mempengaruhi manusia di sekelilingnya.

Golongan ini bijak mengadaptasi diri mengikut perubahan dunia fesyen semasa serta lebih gemar memilih kehidupan di dunia metropolitan yang menjanjikan gaya hidup terkini.

Antara individu terkenal yang dikaitkan dengan ciri lelaki metroseksual ialah David Beckham, Cristiano Ronaldo, Bradd Pitt dan Ryan Gosling.

Terdapat beberapa ciri khas boleh dilihat pada diri seorang lelaki metroseksual. Perhatikan rakan lelaki di sekeliling anda. Jika mereka memiliki ciri-ciri di bawah, kemungkinan besar rakan anda itu tergolong sebagai lelaki metroseksual. 

1. Obses Melihat Cermin

Lelaki metroseksual gemar membelek wajah dan diri di hadapan cermin kerana terlalu obses dengan penampilan diri. Kekerapan mereka bercermin mengalahkan kaum wanita.

 

2. Produk Kebersihan Diri Lengkap Di bilik Air

Peralatan kebersihan diri lelaki normal biasanya sangat minimum. Memiliki pencuci muka, sabun mandi dan berus gigi sudah mencukupi untuk membersihkan diri ketika mandi. 

Bagi lelaki metroseksual pula, mereka memerlukan pembersih muka, pelembap dan skrub untuk cegah kemunculan jerawat pada wajah. Bagi peralatan penjagaan mulut pula tidak lengkap tanpa listerine dan floss.

Jangan terkejut jika anda dapati mereka memiliki pengering rambut dan sikat dalam bilik mandi.

 

3. Memiliki Peralatan Kosmetik

Lelaki normal tidak sesekali menyimpan apatah lagi beli peralatan kosmetik seperti wanita. Namun, bagi lelaki metroseksual, peralatan kosmetik asas seperti krim dan bedak asas diperlukan untuk tutup sebarang kecacatan pada wajah seperti parut jerawat dan jeragat. 

Untuk rambut pula, anda boleh lihat golongan ini memiliki lebih daripada satu pilihan krim rambut atau pomede. 

 

4. Mengunjungi Spa Kecantikan dan Salon Rambut

Lelaki metroseksual juga dikatakan gemar mengunjungi spa kecantikan dan salon rambut untuk rawatan dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Mereka tidak lokek membelanjakan duit demi menjaga kekemasan dan penampilan diri. 

Mengunjungi spa kecantikan dan salon rambut juga sebagai salah satu cara untuk mereka mendapatkan tips-tips dan nasihat penjagaan diri yang diperlukan. 

 

5. Cerewet Dalam Membeli Pakaian

Lelaki metroseksual sangat cerewet dalam memilih pakaian. Mereka sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya hanya untuk mencari sehelai pakaian yang sesuai untuk dirinya. 

Adakalanya, sifat cerewet mereka mengalahkan kaum wanita. Jenama dan kualiti salah satu perkara penting bagi golongan ini dalam memilih pakaian. Mereka juga tidak kisah membelanjakan wang lebih untuk memiliki baju yang sesuai dengan gaya dan penampilan seorang metroseksual.

 

6. Pandai Memberi Kritikan Tentang Fesyen

Lelaki metroseksual mempunyai pandangan yang tajam dalam soal menggayakan fesyen. Bagi mereka yang berkawan atau wanita yang memiliki pasangan lelaki metroseksual, anda akan dapati mereka ini gemar mengkritik fesyen yang anda gayakan. 

Mereka boleh jadi penasihat fesyen yang tidak bergaji untuk diri anda. Itu sesuatu yang menarik bukan? Tetapi awas! Adakalanya anda boleh rimas mendengar kritikan mereka. 

Ryan Gosling GIF - Find & Share on GIPHY

7. Cerewet Bab Kebersihan

Kebersihan menjadi perkara utama tidak kira sama ada melibatkan kebersihan diri, tempat tinggal atau persekitaran. Lelaki metroseksual tidak sanggup membiarkan debu dan sampah di hadapan mata. Mereka akan segera bertindak membersihkannya sendiri tanpa menunggu masa.

 

8. Gaya Hidup Sihat

Lelaki metroseksual sangat mementingkan penjagaan kesihatan. Mereka biasanya tidak merokok dan tidak makan secara berlebihan. Mereka juga sering mengunjungi pusat kecergasan untuk mengikuti latihan fizikal bersama pakar kecergasan.

Tetapi mereka tidak gemar melakukan aktiviti angkat berat seperti lelaki normal. Matlamat mereka adalah menjaga kesihatan dan kecergasan. Bukannya bertukar seperti Incredible Hulk!

 

9. Pandai Memasak

Salah satu kelebihan lelaki metroseksual ialah pandai memasak. Mereka ini rajin membeli belah barangan dapur dan gemar pula memasak apabila ada masa kelapangan.

Sikap mereka semasa beraksi di dapur juga dipastikan bergaya dengan mengenakan apron dan peralatan memasak yang serba lengkap.

 

10. Mengambil Berat Keadaan Wanita

Sifat ini suatu peluang terbaik bagi wanita mendampingi lelaki metroseksual berbanding lelaki normal. Lelaki metroseksual sensitif terhadap keadaan wanita. Mereka boleh menjadi sahabat, kekasih dan suami yang setia kepada wanita. Cuba uji mereka ketika anda menghadapi kesakitan akibat PMS. Anda akan dapati mereka akan berusaha mencari jalan untuk menenangkan kesakitan yang anda alami.

 

Adakah anda dapati lelaki metroseksual lebih baik daripada lelaki maskulin dan retroseksual? Dari segi penampilan luaran, pastinya ramai daripada kita akan tertarik melihat penampilan mereka yang kacak, kemas dan pandai berfesyen dengan gaya tersendiri.

 

Facebook Comments