Lengkapkan Percutian Anda Dengan 10 Aplikasi Ini

Dengan adanya teknologi yang canggih pada masa kini, perjalanan ataupun percutian seseorang itu akan menjadi lebih mudah dan penuh bermakna.

Yalah, mana taknya, bila perjalanan kita berjalan dengan lancar, maka semua rancangan yang kita rancang akan menjadi. Tidaklah moody sepanjang perjalanan.

Tapi, bagi saya, tak sah kalau tak sesat. Pengalaman sesat di negara orang sesuatu yang rare sebenarnya. Berbalik kepada topik kita tadi, dengan adanya teknologi yang canggih semuanya akan menjadi mudah, bukan saja kepada kerja kita, tapi  juga kepada kehidupan harian kita.

Sebagai contoh, kalau dahulu nak beli tiket kereta api atau tiket kapal terbang, memakan masa 1 hari, yala dulu semua kena beli dekat kaunter. Sekarang, semua dihujung jari.

Cuma perlu buka aplikasi tersebut dalam telefon pintar anda, 5 minit dah siap. Sangat senang.

Oleh itu, sini saya senaraikan 10 aplikasi yang boleh membantu melancarkan perjalanan percutian anda.

1. TripAdvisor

Aplikasi TripAdvisor adalah platform di mana pelancong boleh berkongsi pengalaman berkaitan dengan percutian mereka, termasuklah tempat-tempat menarik yang wajib dilawati, tempat tinggal, restoran, dan banyak lagi.

Oleh itu, anda boleh membuat keputusan berdasarkan rating serta pengalaman yang diberi oleh pelancong lain.

Kredit Foto: travelingportal.com

 

2. Skyscanner

Skyscaner akan membantu anda dalam pencarian tiket kapal terbang anda. Aplikasi ini akan membandingkan harga tiket kapal terbang dari beribu penerbangan serta agensi pelancongan.

Kredit Foto: Youtube

 

3. Booking.com

Aplikasi ini menawarkan anda pebagai jenis penginapan dari seluruh negara. Termasuklah apertment, rumah percutian, guesthouse, hotel 3 bintang hingga 5 bintang.

Selain itu, Aplikasi Booking.com ini juga ada menawarkan perkhidmatan ‘Pay Later’ untuk hotel-hotel terpilih.

Perkhidmatan ‘Pay Later’ ini adalah perkhidmatan dimana anda boleh nenempah bilik tanpa bayaran pendahuluan. Dan anda hanya perlu menbayar ketika anda check in.

Kredit Foto: worldwideinsure.com

4. Airbnb

Selain aplikasi Booking.com, Airbnb juga merupakan aplikasi yang boleh membantu anda untuk mencari serta menempah penginapan yang unik diseluruh negara.

Yang pasti, kualiti terjamin.

Kredit Foto: Youtube

 

5. DeskBell

Deskbell adalah salah satu aplikasi yang terbaru. Aplikasi ini akan memberikan maklumat yang anda perlukan sepanjang anda menginap di hotel tersebut. Contohnya, restoran yang terdapat di hotel itu, menu yang mereka sediakan serta harganya.

6. Uber

Untuk perjalanan menjimatkan, Uber adalah pilihan yang terbaik dibandingkan dengan teksi.

Kredit Foto: BGR.com

7. TouristEye

Aplikasi TouristEye ini akan membantu anda untuk merancang percutian anda dimana saja anda berada.

Aplikasi ini bertindak sebagai travel guide anda, dimana ia akan memilih tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.

Kredit Foto: nbtworld.com

8. MAPS.ME

MAPS.ME menawarkan offline map. Dengan aplikasi ini, ia boleh memunjukkan arah mana yang boleh anda lalu untuk ke kafe, hotel, tempat-tempat menarik, restoran yang anda ingin pergi.

Kredit Foto: rexdl.com

9. Google Translate

Jika anda bercuti di negara yang anda tidak fasih bertutur dalam bahasa mereka, aplikasi Google Translate ini akan membantu anda untuk menterjemahkan perkataan yang anda tidak tahu maksudnya.

Krdit Foto: geckoandfly.com

10. XF Currency Converter

Untuk tidak berbelanja lebih dari bajet yang dirancang semasa bercuti, anda perlu mengetahui kadar mata wang negara yang anda lawati. Jadi, dengan adanya aplikasi XF Currency Converter ini, anda boleh berbelanja secara berhemah.

Kredit Foto: foremosttravel.com

Facebook Comments