Lihat Bagaimana Gadis Ini Begitu Kreatif Mengenakan Sneakers & Hijab

Wanita pada hari ini dilihat semakin berani dan kreatif dalam menggayakan fesyen mengikut peredaran zaman. Dunia fesyen wanita semakin versatil dan tidak terikat hanya kepada satu aliran fesyen sahaja. Gabungan gaya feminin, ranggi dan aktif kini boleh disatukan dalam satu penampilan.

Jika dulu, wanita lebih memilih menggayakan pakaian feminin dengan kasut bertumit tinggi. Tetapi, pada hari ini wanita ingin berpakaian lebih selesa kerana tuntutan gaya hidup kini yang semakin aktif yang memerlukan mereka lebih pantas bergerak.

Bagi wanita aktif, anda boleh memilih menggayakan pelbagai jenis fesyen dengan kasut sneakers. Sneakers kini semakin popular dan mendapat tempat di hati pemburu fesyen. Sneakers bukan hanya selesa untuk wanita. Malah, rekabentuknya yang menarik dan pelbagai warna menjadikan ia sesuai digayakan dengan pelbagai cara.

Seorang peminat sneakers wanita dari Indonesia, Sivia Azizah telah memberikan idea kepada wanita bagaimana cara menggayakan kasut sneakers dengan pelbagai gaya fesyen yang menarik. Bagi anda yang masih ragu-ragu sama ada ingin terus memilih untuk menggayakan kasut tumit tinggi atau sneakers, penampilan Sivia Azizah ini mungkin boleh membuka sedikit minda anda yang agak takut-takut itu untuk lebih daring

1.Sneaker sesuai digayakan dengan T-Shirt lengan panjang. Bila-bila masa anda bersedia untuk aktiviti sukan.

 

2. Anda masih nampak bergaya dengan persalinan blazer untuk acara lebih kasual.

 

3. Tampil lebih sopan dengan T-Shirt labuh paras paha. 

 

4. Sneakers sesuai dipadankan dengan seluar bercorak berani.

 

5. Skirt yang dipadankan dengan sneakers menyerlahkan sifat anda yang aktif sepanjang masa.

 

6. Dress labuh menyerlahkah jati diri wanita muslimah tetapi dengan gaya lebih santai

 

7. Seluar singkat dipadankan dengan stoking panjang menyerlahkan rekabentuk sneakers yang dikenakan

 

8. Skirt tulle ini menampakkan minda kreatif anda dalam menggayakan sneakers

Harapnya selepas ini anda lebih berkeyakinan untuk mula mengadakan koleksi sneakers di rumah. Bukan sahaja berbaloi, malah anda juga dilihat seorang yang bijak mengikuti arus perdana fesyen semasa. 

Ikuti Sivia Azizah menerusi instagram bersama sejuta pengikutnya yang lain.

 

Facebook Comments