Lukisan Makanan Jadi Tema Penceritaan Gadis Berbakat Ini di Instagram

Pernahkah anda terfikir untuk memuatkan buku lukisan bertemakan makanan dan bercerita tentangnya melalui seni kaligrafi yang kreatif dalam sebuah buku lukisan?

Bagi mereka yang mempunyai bakat dalam seni lukisan, hobi melukis boleh menjadi satu terapi yang mengasyikkan.

Di kala kebanyakan pelukis berbakat berlumba-lumba mempamerkan karya hebat lukisan mereka di galeri seni, seorang artis seni lukisan dan kaligrafi dari Kuala Lumpur dikenali sebagai Sharon Tan begitu aktif mempamerkan seni lukisan makanannya di helaian buku lukisan. Sharon Tan turut memuat naik hasil lukisannya di laman Instagram untuk tatapan peminat.

Sharon Tan yang kini mempunyai lebih daripada 50,000 pengikut di Instagram mempamerkan lukisan-lukisan comel terutamanya tentang makanan menerusi hasil yang cukup menarik perhatian. 

Nikmat secawan Mocha di pagi hari

 

Keenakan aiskrim coklat hitam Godiva yang berbaloi dinikmati..walaupun harganya agak mahal

 

Rahsia keenakan nasi Itik terletak pada hiasannya..Nyummy!

 

Makan tengah hari dengan menikmati sebiji Burger istimewa. Sempat lagi memilih sehelai baju baharu.

 

Hiasan bagi sebiji Kek yang gebu

 

Hidangan Ikan Salmon yang lazat !

 

Piza yang dibeli dari pasaraya ada yang menarik dan lazat untuk anda cuba.

 

Kek Harijadi buat yang tersayang

 

Instagram sememangnya menjadi satu platform terbaik bagi mereka yang ingin menonjolkan bakat terutama dalam bidang seni dan fotografi. Bakat yang ada amat bermakna apabila dikongsi untuk tatapan bersama terutamanya di media sosial seperti Instagram yang sentiasa menjadi tumpuan ramai. 

Kredit Instagram : Sharon Tan

Facebook Comments