Makanan Tamat Tempoh Yang Anda Boleh Makan

Pernah tak anda mengemas dan terjumpa makanan yang anda tidak ingat anda beli dan ingin memakannya? Setelah belek-belek barang tersebut, anda kecewa kerana anda terlambat apabila makanan tersebut telah tamat tempoh.

Penting untuk anda membelek makanan yang anda mahu beli kerana ia bukan sahaja memberitahu tentang nutrisi atau bahan yang digunakan, malah ia juga akan menunjukkan bila tempoh selamat untuk anda makan. Akan tetapi apa yang anda tidak tahu bahawa sesetengah makanan boleh dimakan sekiranya sudah tamat tempoh.

 

Makanan Dalam Tin

Kebanyakan makanan dalam tin telah diproses untuk tahan pada jangka masa yang panjang. Menurut pengeluar makanan tersebut, jika anda simpan ditempat yang gelap dan kering, ia boleh bertahan sehingga 3 tahun. Tetapi, ia boleh tahan lebih lama jika pada tin tersebut tidak wujud sebarang kemekkan, karat ataupun kebocoran. Walaupun barang tersebut belum tamat tempoh, jika wujud anasir anasir ini, buang.

 

Keju

Kredit Foto: seriouseats.com

Hanya untuk keju yang keras seperti Cheddar atau Parmesan, ianya masih boleh dimakan jika tamat tempoh ataupun terdapat kulat pada keju tersebut. Cuma buang bahagian yang terdapat kulat tersebut dan anda boleh tabur didalam makanan anda. Selalunya keju selamat dimakan sebulan selepas tamat tempoh

 

Bijirin Cereal

Kredit Foto: consumerreports.org

Sesetengah dari kita mengambil bijiran cereal ini setiap pagi akan tetapi bukan hari hari anda akan memakan jenis atau brand yang sama. Berita bagus kerana ia boleh tahan lebih dari 6 bulan dari tamat tempoh. Jika anda tidak kisah makan bijiran yang lemau, ianya boleh dimakan lagi. Pastikan tiada kisah gigitan atan koyak pada bekas tersebut kerana kemungkinan besar ia mempunyai ‘penghuni’

 

Telur

Kredit Foto: indiamart.com

Salah satu makanan yang boleh menguruskan badan kerana kandungan protein didalam telur adalah bagus untuk badan anda. Kita selalunya akan membeli secara banyak dan tidak menghiraukan tarikh yang terdapat pada telur tersebut.

Cara senang untuk mengetahui jika ia selamat untuk dimakan adalah meletakkan didalam air. Jika ia tenggelam, ianya selamat manakala jika ia terapung, poket angin telah terbentuk didalam telur dan telur tersebut telah rosak. Jadi jika terapung, buang.

 

Makanan Beku

Kredit Foto: cbslocal.com

Jika anda pastikan makanan tersebut tidak pernah dinyah-bekukan, ia selamat. Kebanyakan makanan beku kering kerana ia terdedah terlalu lama. Pengoksidaan telah terjadi dan membuatkan nya ‘freezer burn’. Ia akan menjejaskan rasa makanan tersebut tapi ia masih selamat untuk makan jika anda tidak kesah rasa pelik dari makanan tersebut.

 

Biskut dan kerepek

Kredit Foto: landolakes.com

Anda boleh tahu apabila biskut atau kerepek telah lemau kerana telah lama. Asalkan ia tidak berbau yang tidak sepatutnya, dan tidak berderai, ianya masih boleh menjadi snek tengah hari anda.

 

Mentega

Kredit Foto: livestrong.com

Jika mentega anda akan tamat tempoh, letakkan mentega anda di dalam bahagian sejuk beku agar ia tahan lama. Pastikan anda menggunakan sepenuhnya apabila anda telah nyah-bekukan mentega tersebut. Masih ada lebihan? Buat biskut atau gunakan sebagai pemekat sos anda.

 

Roti

Kredit Foto: marthasteward.com

Selalunya kita akan hilang tag plastik yang terdapat tarikh luput roti tersebut. Akan tetapi tahukah anda jika tiada kulat, ianya masih boleh dimakan. Jika anda ingin membuat roti tersebut lebih tahan lama, simpan roti anda dalam freezer untuk melambatkan penumbuhan kulat. Pastikan anda biarkan ia rehat seketika di suhu bilik agar ia tidak terlampau keras untuk dimakan.

 

Pasta Kering

Kredit Foto: reference.com

Pasta yang telah dikeluarkan kandungan air selalunya akan tahan selama 2 tahun akan tetapi jika anda menyimpan dengan betul, anda boleh simpan selama 3 tahun. Asalkan tiada bau, pasta yang mempunyai kandungan telur keluarkan, anda boleh makan.

 

Tips terakhir adalah jika anda was-was, gunakan deria anda. Jika berbau pelik atau warna tidak seperti asal, buang sahaja.

Facebook Comments