MAZE RUNNER: THE DEATH CURE, Penutup Misi Thomas

Filem MAZE RUNNER: THE DEATH CURE ini merupakan filem ketiga dan terakhir adaptasi buku tulisan James Dashner.

Ia masih mengekalkan pengarah yang sama, Wes Ball. Filem ini turut mengekalkan barisan pelakon yang sama seperti Dylan O’Brien, Thomas Brodie-Sangster, Kaya Scodelario, Ki Hong Lee dan ramai lagi.

MAZE RUNNER: THE DEATH CURE dianggap filem paling berjaya di antara ketiga-tiga filem francais MAZE RUNNER ini. Filem Maze Runner yang pertama ditayangkan pada 2014 dan yang kedua, Maze Runner: The Scorch Trials pula ditayangkan pada 2015.

Bagi peminat filem bergenre aksi dan sains fiksyen ini dan mungkin tidak ingat plot filem Maze Runner ini, ia mengenai sekumpulan remaja yang diketuai oleh Thomas (O’Brien) yang menentang kejahatan dan rejim kejam dan memenjara mereka di sebuah kawasan labirin (laluan penuh keseliratan) yang dikenali sebagai The Glade.

Kumpulan yang ‘dipenjara’di The Glade merupakan mereka yang mempunyai imunisasi dan tidak akan dijangkiti penyakit berjangkit yang dikenali sebagai The Flare.

Thomas dan rakan-rakannya akhirnya berjaya melepaskan diri dan meneruskan perjuangan menentang kejahatan dan cuba menghentikan wabak global The Flare ini. Penyakit ini akan menukar mereka yang telah dijangkiti menjadi makhluk seperti zombie.

Filem ketiga ini mengekalkan momentum thriller dan pengarah Wes Ball, tidak membuang masa di mana kisah ini bermula dengan babak yang mencemaskan. Misi sekumpulan anak muda kali ini adalah untuk membebaskan rakan mereka Minho (Ki Hong Lee) yang diculik oleh WCKD.

Sepanjang misi itu mereka berdepan dengan pelbagai dugaan dan bahaya. Namun, mereka juga berjaya menyelamatkan sekumpulan anak muda yang bakal dipenjarakan di sebuah bandar yang ditadbir oleh WCKD.

Mereka tiba di sebuah bandar yang dikenali sebagai The Last City dan di sana mereka bertemu dengan sosok penentang (Walton Goggins) dan juga beberapa kerektor yang pernah mereka temui pada dua filem terdahulu.

Sepanjang 2 jam 22 minit, filem keluaran 20th Century Fox, MAZE RUNNER: THE DEATH CURE ini menjanjikan anda tidak akan senang duduk kerana ia penuh dengan aksi yang mendebarkan.

Sekiranya anda pernah menonton kedua-dua filem Maze Runner sebelum ini, jangan lepaskan peluang untuk saksikan filem penutup MAZE RUNNER: THE DEATH CURE yang bakal ditayangkan di seluruh negara pada 25 Januari ini.

Lebih menarik lagi KAKI SINI akan memberikan 2 tiket percuma kepada setiap pemenang untuk menyaksikan filem ini.

Untuk maklumat lanjut, FOLLOW dan LIKE fb KAKI SINI.

Facebook Comments