Musnah Masa Depan Apabila Wang & Nafsu Merajai Minda

Billionaire Boys Club

Sama seperti pertembungan antara Less Than Zero dan The Wolf of Wall Street, Billionaire Boys Club membawa kisah jenayah sebenar seorang usahawan bercita-cita tinggi, Joe Hunt, yang menyertai syarikat lelaki muda kaya-raya dari Beverly Hills, BBC.  Kemudian, ia berkembang menjadi skim ponzi lantas mendorong ke arah pembunuhan pada musim panas tahun 1984.

Berdasarkan kisah luar biasa tetapi benar yang berlaku, ia mengenai permulaan dan kejatuhan dua orang luar. Filem Billionaire Boys Club ini menjejaki perbelanjaan kewangan sembarangan budak muda pintar, Joe Hunt (ANSEL ELGORT) dan pemain tenis profesional, Dean Karny (TARON EGERTON). Lubuk pelaburan mendorong mereka terjun ke dalam gaya hidup golongan atasan Los Angeles pada awal tahun 80-an.

Joe dianugerahkan kehebatan bermain dengan nombor dan Dean mempunyai rangkaian dengan golongan muda kaya-raya yang hebat dan istimewa di Los Angeles. Dengan karisma dan cita-cita mereka yang tiada batasan, kedua-duanya meyakinkan sekumpulan bekas rakan sekelas dari Harvard School of Boys untuk melabur di Billionaire Boys Club (BBC).

Selama beberapa ketika, Joe dan Dean menjadi bintang rock dalam adegan sosial Los Angeles – bersuka ria dalam sebuah dunia yang berkisarkan tentang wang, seks dan selebriti. Gaya hidup mewah dan pulangan mengagumkan menggaburkan penipuan hebat mereka kerana ia berjaya menarik pelabur seperti Ron Levin (KEVIN SPACEY), seorang penjudi atasan Beverly Hills.

Tetapi apabila semua wang pertaruhan tujuh angka Ron dalam BBC dibongkarkan sebagai sebuah penipuan, usaha Joe untuk menutup kemelut yang bernilai bilion dolar musnah. Kejayaan yang diperolehi dengan mudah telah mendorong Joe untuk memeras ugut dan melakukan perkara-perkara yang ganas.

Sebagai penyokong setia Dean, Joe mesti membuat pilihan moral – memilih antara kebebasan dan penebusan diri sendiri. Apabila undang-undang akhirnya menangkap Joe dan Dean, empayar  mereka runtuh disebabkan ketamakan mereka sendiri.

Facebook Comments