Nikon Experience Hub Pertama Dibuka Di Bukit Bintang

Menceburkan diri dalam dunia fotografi sememangnya menuntut pengorbanan  masa, tenaga dan wang. Mempelajari fotografi pula bukanlah suatu perkara mudah kerana proses pembelajarannya berjalan secara berterusan.

Menyedari semakin ramai individu yang berminat menceburkan diri dalam dunia fotografi dan videografi di Malaysia, Nikon dengan penuh prihatin secara rasminya telah mewujudkan Nikon Experience Hub (NEH).

Malaysia adalah negara kedua di Asia selepas Indonesia yang mewujudkan pusat Nikon Experience Hub (NEH) untuk menyalur kemudahan dan khidmat kepada pengguna Nikon berbakat di seluruh Malaysia.

Nikon Experience Hub (NEH) yang terletak di bersebelahan bangunan Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada para peminat kamera Nikon dari kalangan profesional dan mereka yang ingin belajar tentang dunia fotografi berkumpul bagi sama-sama untuk berkongsi, mempelajari dan meraikan dunia fotografi dan videografi secara langsung.

Bangunan berkeluasan 295 meter persegi ini menyediakan enam ruangan fasiliti yang dapat memenuhi keperluan para pencinta dunia kamera digital Nikon iaitu :

  1. Zon Pengalaman
  2. Zon Galeri
  3. Zon Sekolah Fotografi Nikon
  4. Zon Perundingan
  5. Zon Jualan
  6. Zon Pusat Perkhidmatan & Membaiki

Nikon Experience Hub (NEH) menyediakan Zon Jualan Nikon bagi memudahkan pengguna mencari peralatan kamera yang diinginkan seperti DSLR, lensa NIKKOR, aksesori kamera dan perisian Nikon.

Nikon Experience Hub: Kuala Lumpur, Malaysia

We are thrilled to announce the opening of Nikon Experience Hub in Kuala Lumpur, Malaysia. This one-stop venue is the home for all things Nikon: a photo gallery, a touch-and-try section, a sales showroom, a service and pick-up centre, and Nikon School. We're sure you're going to love it, but as the name suggests, this is something you need to pop by and experience for yourself. If you don't happen to live in Kuala Lumpur, keep an eye out for new locations opening near you!

Posted by Nikon on Selasa, 26 Jun 2018

Dalam Zon Galeri pula, pengunjung boleh menatap koleksi hasil kerja jurugambar terbaik yang pernah memenangi anugerah. Koleksi fotografi ini merupakan sentuhan ajaib dari jurugambar pelbagai peringkat termasuk profesional, amatur dan peminat dunia fotografi dari Malaysia. Hasil fotografi yang dilihat ini dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi bagi peminat fotografi di Malaysia.

Foto : Kaki Sini

Foto : Kaki Sini

Bagi mereka yang ingin memantapkan ilmu fotografi dan videografi pula, anda boleh menyertai pelbagai bengkel berkaitan menerusi Zon Sekolah Fotografi Nikon. Pelbagai jenis bengkel dianjurkan dari semasa ke semasa. Anda akan mendapat tunjuk ajar, tips dan trik menarik secara terus dari sifu berpengalaman dan profesional mengikut topik yang diajar.

Untuk maklumat berkenaan kelas fotografi dan pendaftaran, anda boleh lawati laman Nikon Club Malaysia.

Foto : Kaki Sini

Foto : Kaki Sini

Di Zon Pengalaman pula, pelanggan boleh menyentuh secara langsung untuk menguji sendiri kemampuan peralatan sebelum membeli untuk kepuasan pelanggan. Pelbagai jenis kamera DSLR, COOCLPIX dan lensa NIKKOR dipamerkan di ruangan ini untuk diuji pelanggan sebelum membeli.

Foto : Kaki Sini

Nikon Experience Hub (NEH) ini dirasmikan oleh wakil Nikon Corporation dari Jepun iaitu :

  • Takami Tsuchida (Sector Manager of Marketing Sector, of Imaging Business Unit, Nikon Corporation)
  • Takashi Yoshida, President and Chief Regional Officer (SE Asia, Oceania, M.East and Africa region)
  • Hiroki Yamaoka (General Manager of Imaging Business Division, Imaging Group, Nikon Singapore Pte. Ltd.)

Perasmian Nikon Experience Hub (NEH), Kuala Lumpur / Foto : Kaki Sini

Nikon Experience Hub Kuala Lumpur

Lot GF 003-006, Ground Floor Federal Arcade (opposite Low Yat Plaza), No. 7 Jalan Bintang, Off Jalan Bukit Bintang

Bukit Bintang Central, 55100 Kuala Lumpur.

Telephone: + 603 214 20218, 214 20219

Waktu Buka : Isnin – Ahad (11.00 pagi – 8.00 malam)

Laman Web : https://www.nikonclub.com.my

Facebook Comments