Oppo F9 Gajet Pintar Untuk Si Kaki ‘Selfie’

OPPO Malaysia hadir ke pentas pelancaran dengan memperkenalkan telefon pintar baru, OPPO F9. Ia adalah telefon pintar OPPO dari kelas pakar swafoto dan yang ketiga dari siri-F dilancarkan dalam masa kurang setahun. Pelancaran diserikan dengan kehadiran duta Oppo iaitu Neelofa dan Eric Chou.

Walaupun digelar pakar swafoto, OPPO F9 kali ini tampil dengan sesuatu yang berbeza dari siri-F sebelumnya. Dari segi rekaan, ia memiliki skrin bertakuk kecil ibarat titisan air, memenuhi 90.8% ruangan kaca berukuran 6.3-inci.

OPPO F9 adalah model terbaru dari siri-F yang memberi fokus lebih kepada swafoto. Ia juga adalah yang pertama dari siri-F yang memiliki pengecasan pantas VOOC. Selain itu, ia dibekalkan RAM sebanyak 6GB dan storan dalaman 64GB.

Satu keunikan OPPO F9 adalah skrin hadapannya memiliki takuk amat kecil, seperti titisan air. Skrin ini berukuran 6.3-inci dengan resolusi HD Penuh+, dalam nisbah 19.5:9. Selain itu, ia hadir dalam warna yang unik, dengan kemasan kelopak bunga pada warna Merah dan Biru, serta kemasan bintang di langit untuk warna ungu.

Ia tampil dengan rekaan kemasan kelopak bunga atau gugusan bintang di angkasa, memberikan rupa unik untuk membezakan dirinya dengan telefon pintar lain. Tiga warna boleh dipilih dari merah, biru dan ungu. Warna-warni ini diberi sentuhan efek gradient menambah keunikannya.

Di dalamnya, OPPO F9 dibekal cip pemproses Mediatek Helio P60 bersama 6GB RAM dan 64GB storan dalaman. Ia memiliki tiga slot kad yang boleh memuatkan dua kad sim dan kad mikroSD serentak. Baterinya sebesar 3,500mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC melalui port mikroUSB, pertama seumpamanya di dalam siri-F.

OPPO F9 juga adalah yang pertama dipasang kamera dwi-lensa di belakang, gandingan lensa 16MP F1.8 dan lensa 2MP F2.4 untuk menghasilkan efek bokeh dan mod potret. Bagi kamera hadapan, ia diperkasa lensa 25MP F2.0 sesuai dengan gelaran pakar swafotonya.

Dengan keunikan dan prestasi sebegini, OPPO Malaysia meletakkan tanda harga RM1,399 bagi OPPO F9, mengekalkan harga yang sama dengan OPPO F7 ketika dilancarkan pada April lepas. OPPO juga telah membuka tempahan awal untuk OPPO F9, dari 16 hingga 29 Ogos 2018

Hadiah percuma bernilai RM299 disediakan untuk semua tempahan awal dalam tempoh tadi dalam bentuk Thermos OPPO F9, pembesar suara Bluetooth dan kad keahlian O-Club. Tempahan awal ini boleh di buat di Stor Online OPPO, Stor Konsep OPPO di seluruh Malaysia, serta di Senheng, SenQ, Lazada, Shopee dan 11street. Semua tempahan awal boleh mula diambil atau akan dihantar pada 30 Ogos 2018.

Untuk maklumat lanjut tentang telefon pintar OPPO yang baru ini, layari laman web OPPO F9.

Facebook Comments