Pakaian Model Jurugambar Ini Umpama Bidadari Dari Kayangan

Foto kembara atau travel ialah salah satu konsep gambar yang sering mendapat sentuhan luar biasa di kalangan jurugambar profesional. Di antara jurugambar profesional dunia kembara yang semakin viral di media sosial khususnya di Instagram ialah Kristina Makeeva.

Sekali lihat, gambar-gambar yang dihasilkan dilihat tidak jauh bezanya dengan hasil gambar seorang jurugambar profesional yang pernah viral iaitu Murad Osmann. Walaupun pengikut Instagram Kristina Makeeva masih lagi jauh berbanding Murad Osmann yang kini melebihi empat juta pengikut, namun tidak mustahil pengikutnya di Instagram akan semakin bertambah. 

Kristina Makeeva lebih gemar menampilkan elemen subjek wanita dengan fesyen pakaian umpama bidadari dari kayangan. Pakaian yang digayakan oleh model kebanyakannya terdiri daripada gaun kembang yang begitu menarik sekali untuk dilihat. 

Apapun, untuk menghasilkan gambar menarik sebegini, tentunya memerlukan idea yang kreatif, teknik fotografi secara profesional dan tidak boleh lari dari sentuhan akhir menggunakan perisian untuk tujuan edit dan filter.

Facebook Comments