Peminat KFC Malaysia Akan Cemburu Dengan Menu Baharu KFC Singapura Ini

Malaysia dan Singapura tidak jauh jaraknya. Bagi mereka yang berada di Johor dan selalu berulang-ulang dari Johor ke Singapura, atau mereka yang merancang jalan-jalan ke Singapura, kami ingin memesan supaya anda tidak lepaskan peluang untuk singgah ke mana-mana rangkaian restoran KFC Singapura dan mencuba menu baharu mereka. 

Menu baharu ini nampaknya lebih sihat dan tentunya menjadi pilihan bagi mereka yang ingin berdiet. Ia merupakan ayam bakar yang diperap dengan rempah ratus utama KFC, dibakar sempurna dengan kulit luarnya dibiarkan sedikit garing.

Rahsia keenakan rempah ratus KFC dalam menghasilkan ayam goreng tersedap tentunya memberikan rasa dan aroma ayam bakar istimewa dinamakan Signature Grilled Chicken.

Signature Grilled Chicken KFC Singapura

KFC Grillers, Signature Grilled Chicken merupakan menu kekal tambahan kepada menu sedia ada. Terdapat tiga pilihan set kombo bermula pada harga $8.95 (RM26.70). Setiap hidangan didatangkan dengan kentang putar dan minuman. 

Kini, peminat ayam goreng KFC Singapura khususnya boleh beralih dari ayam goreng berkalori tinggi kepada ayam bakar yang lebih rendah kalorinya.

Nampaknya, Signature Grilled Chicken KFC Singapura ini mampu membuatkan peminat-peminat KFC dari Malaysia cemburu untuk menikmatinya. 

Jika anda masih ingat, KFC Malaysia pernah mengeluarkan menu ayam bakar KFC Golden Wrap Chicken yang sememangnya sedap sehingga menjilat jari. 

KFC Malaysia seharusnya mencontohi KFC Singapura dengan mewujudkan satu menu kekal iaitu ayam bakar sebagai pilihan. Ia sekurang-kurangnya menjadi alternatif bagi mereka yang ingin mengurangkan makanan bergoreng ke menu yang lebih sihat seperti ayam bakar. 

Untuk orang Malaysia, apalagi? Jom kita ke Singapura dan serbu keenakan ayam bakar Signature Grilled Chicken KFC Singapura yang tak ada di rangkaian restoran KFC Malaysia.

At KFC, we are about ALL chicken. You can count on us to make chicken the right way, in every way. Introducing the…

Posted by KFC on Selasa, 31 Julai 2018

 

 

Facebook Comments