Pengunjung Terpukau Dalam Muzium Seni Digital Baru Di Tokyo

Sebuah bilik pameran seni di Tokyo tampil dengan sedikit kelainan dalam mempersembahkan hasil seni. MORI Building Digital Art Museum ingin membawa pengunjung menghayati dunia seni tanpa sempadan dalam bentuk persembahan digital. Seni abstrak, lukisan alam dan seni cahaya digital dipersembahkan secara maya untuk membawa pengunjung tenggelam dalam menghayati erti seni.

Bilik pameran unik yang baru saja dibuka di Tokyo, Jepun ini berkeluasan 10,000 meter persegi. Ia umpama bilik kosong tanpa sempadan yang membawa anda beralih ke empat dunia dimensi seni yang berbeza, menggunakan 470 projektor dan 520 buah komputer.

Pengunjung akan melihat keindahan lakaran abstrak dan lukisan alam yang tidak statik dan berubah corak dalam ruangan dunia tanpa sempadan.

Borderless World : Ada lebih daripada 45 seni abstrak memukau dipersembahkan dalam ruangan ini
Athletics Forest : Ruangan yang akan merangsang hipokampus otak kiri dan kanan anda. Pengunjung akan tenggelam dalam seni cahaya interaktif sambil bermain dalam dunia dimensi yang kompleks.
Future Park : Ruangan dimana kanak-kanak bermain dalam dunia bebas penuh kreativiti.
Forest Of Lamps : Ribuan cahaya lampu bertukar warna mengikut resonan lembut beriringan. Ia akan menyala mengikut kedudukan individu bermula dan terus menyala secara berterusan.
En Tea House : Sajian teh Jepun secara unik. Bunga dalam setiap hidangan cawan teh berkembang dan apabila habis diminum, bunga akan hilang. 

Sememangnya MORI Building Digital Art Museum by teamLab Borderless ini satu muzium interaktif yang harus anda kunjung jika ke Tokyo, Jepun. 

Sebaik sahaja diumumkan pembukaannya, pengunjung sama ada dari dalam dan luar negara tidak sabar-sabar mendapatkan tiket. Ramai yang tidak berkesempatan untuk berkunjung pada hari yang dikehendaki. 

Bagi anda yang merancang untuk ke MORI Building Digital Art Museum, terutama bagi pelancong dari luar negara, elakkan kekecewaan anda dengan menempah tiket masuk lebih awal.

MORI Building Digital Art Museum by teamLab Borderless

Odaiba Palette Town, 1-3-8 Aomi, Koto-ku, Tokyo, Japan

Laman Web : https://borderless.teamlab.art/

Facebook Comments