Perangai Yang Selalu Kita Jumpa Semasa Hari Raya

Kurang seminggu saja lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Teruja pula. Yala, rayakan hanya setahun sekali. Beraya bersama keluarga dan sanak saudara adalah perkara yang paling seronok. Mesti banyak perkara yang boleh dibawangkan. Maklumlah, lama sangat tidak jumpa. Dan kalau anda perasan, mesti ada perangai-perangai yang selalu kita jumpa setiap kali Hari Raya. Betul tak?

1. Datang rumah tak sampai 5 minit

Hmmm, budak-budak. Kalau mereka datang rumah, boleh penuh rumah dibuatnya. Tapi tak sampai 5 minit, dan nak balik. Kuih raya tidak sentuh pun, kadang-kadang minum air saja. Sebabnya nak duit raya.

Foto Kredit: fashionbeans.com

2. Bila nak kahwin?

Bila nak kahwin dan bila nak dapat anak adalah antara soalan yang sangat popular ditanya setiap kali hari raya. Boleh dikategorikan soalan maut. Rasa macam soalan exam saja. Yang tanya pun, mestilah mak saudara kita. Tak tahu nak jawap apa, kalau jawap susah, tak jawap lagilah susah. Confirm dibawangkan. Tak bawang, cermah di pagi raya.

Foto kredit: ismiqbal.blogspot.com

3. Tak puas hati dengan duit raya

Budak-budak sekarang, lain dari budak-budak zaman dulu. Dapat seringgit pun sudah bersyukur. Sekarang ini, dapat rm5 masih tak puas hati. Kalau tak bagi duit raya, kasihan pula. Tapi, sudah bagi, masih tak puas hati. Habis pokailah tuan rumah nanti.

Foto Kredit: ohbulan.com

4. Tak suka layan tetamu

Ada tak diantara anda yang tak suka melayan tetamu. Ada orang datang beraya, laju saja menyorok dalam bilik.

5. Tahun ini SPM kan?

Tiap raya, mesti ditanya, ‘Tahun ini SPM, kan?’ Mentang-mentang jumpa setahun sekali, umur pun sudah lupa. Kadang-kadang nak jawap pun penat, sebab ditanya soalan yang sama setiap tahun. Biasalah, orang tua-tua inikan ingatan mereka dah tak kuat.

6. Tak bagi tetamu tolong

Kaum ibu selalu berperangai macam ini. Kalau boleh, mak-mak kita memang tak akan bagi tetamu yang datang beraya tolong membuat kerja. Baiknya mereka ini. Tapi lepas itu, yang jadi mangsa, kitalah. Tak siap makan lagi dah dipanggil untuk kemas atau cuci apa yang patut.

Foto Kredit: food.detik.com

Korang pula macam mana? Perangai apa yang korang selalu terserempak kalau dalam musim raya ni?

Facebook Comments