Repost Insta-Story, Ciri Terbaharu Instagram

Mempunyai akaun Instagram adalah sesuatu yang semestinya perlu ada di kalangan orang muda seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Instagram semakin popular berbanding platform sosial media yang lain setakat ini dengan menyediakan pelbagai jenis ciri yang best dan menarik.

Foto Kredit: andro4all.com

Baru-baru ini, Instagram sekali lagi mengeluarkan ciri terbaharu mereka, iaitu di mana anda boleh kongsi gambar ataupun video di insta-story yang ditag oleh rakan anda.

Dengan adanya ciri terbaru ini, anda tidak lagi perlu screenshot ataupun menyusahkan rakan anda untuk menghantar gambar original ataupun video.

Foto Kredit: blog.bufferapp.com

Sekarang ini, apabila ada rakan anda yang tag anda dalam gambar ataupun video dalam insta-story mereka, anda akan mendapat notifikasi seperti biasa, iaitu melalui mesej inbox anda. Kemudian, pada bahagian atas, terdapat pilihan sama ada anda mahu kongsi dalam insta-story anda ataupun tidak.

Foto Kredit: 9to5Mac

Selepas anda kongsi insta-story tersebut, pengikut anda boleh melihat username empunya badan kepada gambar dan video insta-story yang anda kongsikan. Tapi, fungsi ini hanya boleh digunakan oleh mereka yang meletakkan akaun instagram mereka ke mode public (public account).

Jadi, tunggu apa lagi, letakkan akaun instagram anda serta rakan-rakan anda dalam mode public agar anda juga boleh menggunakan fungsi terbaru daripada instagram ini. Selamat mencuba.

Rasa menyampah dengan gambar rakan anda di Instagram? Jangan risau, kerana kini anda boleh mute mereka. Jom baca SINI.

Facebook Comments