Resepi Crispy Mac And Cheese: Guna 2 Bahan Sahaja

Biskut raya dah nak habis. Tapi hujung minggu ini, jiran, rakan dan saudara jauh nak datang rumah? Jangan risau, kami ada jalan penyelesaiannya.

Kalau anda ingin sesuatu yang lain daripada yang lain, tapi mudah untuk di sediakan, boleh cuba resepi kudapan viral ini.

Resepi ini menjadi viral minggu lepas di media sosial apabila mendapat lebih daripada 8.9 ribu perkongsian. Kudapan Viral ini adalah resepi Crispy Mac and Cheese. Resepi ini telah dikongsikan oleh Wann Rohani di Facebook.

Pasti ramai yang tak sabar untuk mencuba.

Foto Kredit: Fb Wann Rohani

Resepi ini memang nampak sedap dan semudah 123 sahaja anda boleh menyediakan kudapan ini untuk anak-anak, keluarga tersayang juga kepada tetamu yang akan datang beraya ke rumah anda hujung minggu ini. Jom belajar buat, resepi penuh di bawah:

Resepi ini hanya menggunakan macaroni dan juga serbuk keju. Senang, bukan? Resepi ini sebenarnya sedang viral di Thailand dan menggunakan macaroni, tapi untuk resepi kali ini menggunakan Penne, sebab ia lebih besar.

1. Rendam macaroni dengan air selama 45 minit.

Masukkan macaroni ke dalam bekas yang berisi air selama 45 minit. Tak perlu rebus, anda cuma perlu merendam sahaja. 45 minit sudah memadai.

Kalau rendam lama sangat, nanti akan jadi kembang. Dan kalau sekejap sangat, nanti lepas goreng jadi keras. Kalau anda guna pasta yang lebih tebal, pastikan anda merendapnya lama sedikit. Kalau tak, nanti keras.

Foto Kredit: Fb Wann Rohani

Foto Kredit: Fb Wann Rohani

2. Panaskan kuali dan siap untuk digoreng

Ketika penne digoreng, pastikan anda sentiasa kacau agar tidak melekat antara satu sama yang lain.

Foto Kredit: Fb Wann Rohani

Foto Kredit: Fb Wann Rohani

3. Angkat dan toskan

Apabila warna dah bertukar keemasaan, angkat dan toskan.

Foto Kredit: Fb Wann Rohani

4. Sejukkan dan letak dalam bekas kedap udara

Masukkan serbuk keju mengikut cita rasa anda. Kalau suka serbuk keju yang banyak, letaklah banyak sikit.

Foto Kredit: Wann Rohani

5. Goncang bekas tersebut

Untuk langkah terakhir, tutup bekas dan goncangkan. Pastikan anda mengoncang sehingga serbuk keju membaluti penne ya. Siap!

Foto Kredit: Fb Wann Rohani

Foto Kredit: Fb Wann Rohani

Selamat mencuba!

Jom baca biskut raya viral 2018, Resepi Tart Cadbury: Hanya Menggunakan 4 Bahan Sahaja.

Facebook Comments