Resepi Kek Keju ‘New York’ Yang Mudah

(Hampir) Semua orang sukakan kek keju, Tapi jika anda tidak menggemarnya tidak mengapa.., tapi betul ke anda okay?

Sesetengah orang apabila diminta membuat kek keju ‘New York’, mereka akan gerun kerana mereka fikir leceh dan susah nak buatnya. Secara jujurnya kalau anda ada resipi yang betul, ia tidaklah sesusah yang anda fikir.

Yang penting anda faham kegunaan bahan-bahan dalam sesubah masakan atau manisan, maka mudahlah menggantikan bahan dan mengubah resipi berkenaan mengikut selera anda.

Jadi, nak tahu tak resipi mudah untuk kek keju New York yang KAKI SINI dapatkan untuk anda?

Jom tengok bahan-bahan yang anda perlu.

Kita mulakan dengan bahan utama iaitu krim keju. Sesetengah orang ada pilihan mereka tersendiri. Jika resepi anda tidak menyatakan jenama apa yang anda perlu gunakan, elakkan guna krim keju kurang/tanpa lemak kerana kita mahukan kek keju kita terasa lebih kelemakkannya.

Kredit Foto: eatthismuch.com

Krim keju juga perlukan pertolongan lain seperti susu ataupun krim masam (sour cream). Jika anda sukakan kek keju anda sedikit masam, boleh gunakan sour creamApabila ditambah bahan ini, ia akan melembutkan malah mencairkan sedikit dan mengelakkan kek kita menjadi liat. Ia juga akan mengimbangkan rasa agar rasanya tidak membuat kita rasa jelak.

Kredit Foto: npr.org

Selain sour cream anda perlukan beberapa biji telur dan fungsi telur adalah untuk menggabungkan adunan (batter) anda. Resepi ini menggunakan 3 biji telur dan 1 telur kuning. Penambahan telur kuning adalah untuk membuat kek anda lebih halus. Telur putih pula digunakan untuk menambah angin untuk ianya lebih lembut. Ikut suka anda jika anda ingin meletakkan sekali telur putih bersama kuning tersebut.

Kredit Fotot: thespruce.com

Sedikit tepung jagung digunakan dalam resipi ini untuk mengelakkan kek anda merekah. Ia juga akan membuat kek anda lebih pejal dan senang untuk dipotong. Ini bagus jika anda terletak lebih telur kuning dimana ia akan keluar terlampau lembut.

Penggunaan bekas semasa pembakaran juga memainkan peranan yang besar. Jika resepi yang anda ikut perlu menggunakan bekas 10 inci, tetapi bekas anda 1 inci kecil daripada yang diperlukan, kemungkinan besar kek anda akan terlebih masak jika mengikut masa pembakaran dalam resipi berkenaan. Maka, anda perlu kurangkan sedikit masa membakar. 

Kredit Foto: thehautelife.com

Apabila membakar kek tersebut, gunakan teknik water bath di mana bekas kek dimasukkan dalam air beberapa inci semasa ia dibakar. Air tersebut akan menjadi stim dan pembakar tersebut lebih lembab. Jika anda mahu, letak beberapa titisan esen vanila didalam air tersebut untuk haruman tambahan.

Sekarang untuk resepi Kek Keju ‘New York’, anda perlukan:

Adunan

  • Mentega (untuk disapu pada bekas)
  • 900 gram krim keju
  • 1 cawan gula
  • 1 tbs tepung jagung atau 2 tbs tepung serbaguna
  • ⅛ tsp garam
  • ½ cawan sour cream
  • 2 tsp perahan lemon
  • 1 tsp esen vanila
  • 3 biji telur
  • 1 kuning telur

Kerak

  • 150 gram Biskut Graham
  • 5 tbs butter

Cara-cara

  1. Panaskan oven dan cairkan krim keju. Pastikan krim keju tersebut berada dalam suhu bilik.
  2. Sapu mentega pada bekas anda.
  3. Balut bekas anda dengan aluminium foil agar air tidak masuk ke dalam adunan anda jika anda mengunakan teknik water bath.
  4. Sediakan kerak dengan hancurkan biskut hingga halus. Cairkan mentega dan campur bersama serbuk biskut Graham sehingga ia menjadi seperti pasir basah.
  5. Menggunakan tapak cawan atau gelas, mampatkan biskut pada bekas dan bakar selama 8-10 minit, sejukkan.
  6. Sekarang pukul krim keju bersama gula, tepung dan garam bersama sehingga ia tidak berketul.
  7. Masukkan  sour cream, perahan lemon dan vanilla.
  8. Gaulkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan telur digaul sepenuhnya sebelum masuk telur seterusnya.
  9. Tuang pada kerak yang dah sejuk sepenuhnya.
  10. Dengan menggunakan teknik  water bath, bakar selama 50-60 minit pada suhu yang sama.
  11. Apabila sudah masak, pastikan anda sejukkan sepenuhnya. Sejam diluar oven dan 4 hingga sehari di dalam peti ais.

Walaupun ia senang tidak bermakna ianya cepat.  Kek keju ini boleh dihidang untuk 8-10 orang akan tetapi anda boleh makan kesemuanya jika anda mahu. 

Jemputlah kami kalau dah siap kek keju New York anda ye!

Facebook Comments