Resepi Tart Cadbury: Hanya Guna 4 Bahan Sahaja

Setiap kali hari raya, selain daripada rendang, lemang dan ketupat, kuih raya juga merupakan makanan yang wajib ada. Tanpanya, seolah-olah raya tak akan lengkap. Macam-macam jenis yang kita boleh nampak, dari tart nenas, kuih makmur, semperit kepada kuih raya yang tengah trending.

Foto kredit: rojakdaily.com

Setiap tahun, mesti akan ada biskut raya viral. Tahun ini, biskut raya viral yang telah mendapat lebih daripada 14.3k share di media sosial, tak lain tak bukan TART CADBURY. Ternyata ramai yang teringin nak cuba biskut raya viral ini. Resepi Tart Cadbury seperti berikut:

RESEPI TART CADBURY

Bahan-bahan:

  1. 250g mentega/marjerin
  2. 1 sudu kecil minyak sapi
  3. 3 1/4 cawan tepung gandun (disangai sehingga ringan dan diayak)
  4. Coklat Cadbury
  5. Kuning telur (sebagai hiasan)

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan kecuali coklat
  2. Uli sehingga menjadi doh. Pastikan doh anda tidak terlalu lembik, tidak terlalu keras. Kemudian rehatkan doh selama 5-10 minit dalam chiller sebelum diterap.
  3. Masukkan doh dalam acuan tart, kemudian terapkan diatas dulang. Kalau doh tidak pecah ataupun tidak melekat didulang maknanya adunan anda berjaya.
  4. Letak sebiji coklat cadbury, kemudian gulungkan.
  5. Sebelum bakar, jangan lupa sapu permukaan atas tart tadi dengan kuning telur.
  6. Bakar dengan suhu 160’c api atas bawah, selama 15-20 minit. Ikut oven masing-masing ya

Siap! Senang, bukan? Harap-harap  semua berjaya membuat Tart Cadbury untuk raya tahun ini.

Tips: Kalau anda nak dapatkan kesan kuning telur yang cantik dan berkilat, campurkan kuning telur dengan sedikit pewarna kuning (yang boleh dimakan ya) dan 2 titis susu cair.

Minggu depan dah nak raya. Tapi kuih raya tak tahan lama dan cepat lemau? Tak tahu nak buat apa? Jom baca Petua Simpan Kuih Raya Supaya Tahan Lebih Lama.

Sumber: Sri Noratika Hassan

Facebook Comments