Restoran Hidangan Daun Pisang Popular Sekitar Lembah Klang

Banana leaf ialah restoran yang menghidangkan masakan india di atas daun pisang. Berbeza dengan nasi kandar yang mana lauknya dihidangkan dalam pinggan kepada pelanggan. Menu masakan banana leaf tidak jauh bezanya dengan nasi kandar.

Cara hidangannya yang menggunakan daun pisang ini dilihat unik dan berciri tradisional kerana berasal dari tradisi makan selatan India. Ia merupakan konsep makan berhidang di mana kesemua lauk dihidangkan di atas sehelai daun pisang yang besar.

Di Kuala Lumpur, ada beberapa restoran daun pisang yang popular. Bagi anda yang ingin cuba keunikan restoran daun pisang, ada beberapa senarai restoran yang popular di Kuala Lumpur. Kesemua restoran yang disenaraikan ini mempunyai pelanggan mereka dari bangsa cina, melayu dan india. 

1. SRI NIRWANA MAJU, BANGSAR

Kebanyakan pelanggan memuji keenakan masakannya terutamanya peria goreng yang dikatakan sangat sedap. Menu yang harus anda pesan kalau makan di sini.

Status : Pork Free & Tiada Alkohol

Alamat : 51, Jalan Telawi 3, Kuala Lumpur, Bangsar Baru, Bangsar 59100

Waktu buka : Setiap hari ( 10.00 pagi – 1.30 pagi)

 

2. AUNTY MANJU’S BANANA LEAF RESTAURANT

Bagi yang mengidam makan sum sum tulang lembu, restoran ini mempunyai lebih banyak pilihan unik masakan india.  

Status : Pork Free & Tiada Alkohol

Alamat : 18, Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Waktu buka : Setiap hari ( 7.00 pagi – 12.00 malam)

 

3. BANANA LEAF FATHIMA

Banyak menyajikan masakan vegetarian. Ayam tandori yang dimakan bersama roti keju naan adalah antara menu popular di sini. Selain itu, ada nasi briyani kambing bagi yang ingin mencuba kelainan. 

Status : Pork Free & Tiada Alkohol

Alamat : 10, Jalan Bangsar Utama 1, Taman Bangsar, 59000 Kuala Lumpur

Waktu buka : Setiap hari ( 6.00 pagi – 10.00 malam)

 

4. MACHA & CO

Macha & Co mempunyai beberapa cawangan di Kuala Lumpur antaranya di The Curve (Damansara) , Empire Shopping Gallery ( Subang Jaya) dan Kota Damansara.

Status : Pork Free & Tiada Alkohol

Alamat : Kota Damansara, The Curve, One Utama, Empire Subang Gallery 

Waktu buka : Setiap hari ( 8.00 pagi – 10.00 malam)

 

5. DEVI’S CORNER BANGSAR

Salah satu pilihan restoran daun pisang terbaik di kawasan Bangsar. Ramai pelanggannya memuji sesetengah menu termasuk masakan panas dan goreng-gorengan.

Status : Pork Free & Tiada Alkohol

Alamat : 14, Jalan Telawi 4, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur

Waktu buka : 24 jam setiap hari

 

6. KANNA CURRY HOUSE

Sewaktu makan tengah hari, restoran daun pisang masakan india ini antara yang akan penuh dengan pelanggan. Tetapi harga makanan mungkin agak mahal berbanding tempat lain. 

Status : Pork Free & Tiada Alkohol

Alamat : 29, Jalan 17/45, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu buka : Setiap hari (7.00 pagi – 10.00 malam)

 

7. RAVI’S BANANA LEAF

Ada pelbagai menu menarik seperti varuval, peratel dan masakan kurma. Harganya juga dikatakan agak mahal di sini. Pastikan anda semak harga di menu sebelum memesan makanan.

Status : Pork Free & Tiada Alkohol

Alamat : 76, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu buka : Setiap hari (8.00 pagi – 11.00 malam)

Facebook Comments