Saksikan Permainan Kiub Rubik Robot Yang Dihasilkan Di Jepun

Bagi anda yang mampu menyelesaikan permainan kiub rubik, tentulah anda fikir anda cukup genius bukan? Mungkin juga anda boleh dianggap genius kerana jika diperhatikan betul-betul tidak semua orang orang mampu memahami algoritma permainan sebuah kiub rubik.

Mereka yang mampu menyelesaikan permainan kiub rubik apatahlagi dalam kelajuan masa yang pantas, boleh dianggap mempunyai tahap kecerdikan memahami algoritma dan mekanikal lebih tinggi daripada orang biasa.

Bagaimana pula jika anda melihat sebuah kiub rubik bergerak sendiri menyelesaikan orientasi algoritma kiub rubik tanpa campur tangan otak dan jari manusia?

Sekumpulan anak muda Jepun yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai Human Controller telah mengubah permainan kiub rubik menjadi lebih inovatif dan berteknologi apabila mengubahsuainya menjadi permianan robot kecil yang mampu bergerak sendiri dalam menyelesaikan orientasi permainan algoritma kiub rubik.

Kiub rubik mekanikal ini akan bergerak sendiri selepas beberapa saat diletakkan di atas permukaan rata dan akan berhenti serta merta apabila kesemua permukaan kiub rubik diselaraskan mengikut tetapan algoritma kiub rubik.

Mereka juga telah melakarkan analogi dalam bentuk lakaran 3D dan pengaturcaraan yang memprogramkan permainan robot kiub rubik ini.

Pada tahun 2017, pasukan Human Controller pernah menghasilkan kiub rubik robot yang sama tetapi saiznya lebih besar dan pergerakannya agak perlahan. Ia juga belum mampu bergerak di atas permukaan rata. 

Menarik bukan? Ianya menjadikan permainan kiub rubik lebih inovatif dan tidak membosankan. Malah bagi anda yang masih tidak mampu belajar menyelesaikan permainan kiub rubik walaupun telah beratus kali berlatih juga boleh memperhatikan betul-betul langkah pergerakan robot kecil ini melengkapkan penyelesaian sebenar permainan kiub rubik.

 

 

Facebook Comments