Sambut Raya Di Tony Roma’s Dengan Festive Sharing Platters

Sempena bulan Syawal, Tony Roma’s telah memperkenalkan menu terbaru iaitu Festive Sharing Platters. Menu ini memang sesuai dinikmati beramai-ramai, anda boleh sahaja mengajak beberapa orang ahli keluarga atau rakan-rakan bersama.

Festive Sharing Platters ini berkonsepkan cara makan yang boleh merapatkan hubungan anda dengan semua, termasuklah dengan rakan sekerja. Anda juga boleh memilih platter berbeza mengikut bilangan orang yang makan bersama.

Yang pertama, Meriah Platter amat sesuai untuk 4 hingga 5 orang. Hidangan yang ada termasuklah Beef Brisket, Lamb Shoulder dengan agave plum sauce, Lamb Ribs Roma Pack dengan honey plum sauce dan juga BBQ Chicken. Seorang hanya perlu membayar RM36!

Sementara itu, selain ada Beef Brisket, Lamb Shoulder dan BBQ Chicken, Syukur Platter ada Beef Short Rib dan Lamb Cevapi. Untuk Syukur Platter, jika dikongsi bersama 6 orang, bayaran hanyalah RM36.67 seorang! Berbaloi bukan?

Platter yang paling besar pula boleh dinikmati dengan hanya RM40 seorang! Nikmat Platter ini ada Beef Brisket, Lamb Shoulder dan BBQ Chicken. Tambahan pula, anda turut dapat menikmati Lamb Ribs Full Slab dan Beef Riblet.

Untuk pengetahuan anda, setiap platter juga ada disertakan roti percuma. Manakala, untuk anda menambah selera makan, anda boleh memilih salah satu daripada sos demi-glace, black pepper dan texas spicy untuk Beef Brisket anda. Yang paling disukai ramai di Malaysia tentunya texas spicy.

Jika ingin merasa makanan lain ataupun takut tidak kenyang, bolehlah anda meminta ditambahkan hidangan sampingan seperti nasi, brokoli, pasta ayam dan loaded mash potato dengan hanya RM5.00. Nanti hidangan sampingan ini akan disediakan dalam cawan sup yang comel untuk anda.

Dalam sesi pelancaran bersama media pada 27 Jun, KAKI SINI telah merasai keenakan daging-daging yang dihidangkan dalam Syukur Platter dan Nikmat Platter. Semuanya sedap dan pilihan pertama KAKI SINI adalah Lamb Shoulder dan Lamb Ribs Full Slab. Dagingnya lembut dan kental serta amat menyelerakan.

Sesi merasa ini pula diadakan di cawangan Sunway Piramid yang merupakan restoran Tony Roma’s pertama di Malaysia. Rangkaian restoran halal ini kini merangkumi 13 restoran Tony Roma’s di seluruh Malaysia. Suasana di sini memang sesuai untuk mereka yang gemar makan makanan barat.

Bagi peminat FIFA Piala Dunia pula, Tony Roma’s ada mengeluarkan menu baharu khas untuk anda! Para peminat FIFA boleh memilih sama ada Ola Ola Mania, Ola Ola Burger ataupun Ola Ola Pasta dengan hanya RM28.90!

Akhir sekali, apakah makanan sedap tanpa minuman yang enak rasanya? Cubalah Kurma Banana Chocolicious dan Pandan Soy Delight dengan hanya RM17.80! Jika tidak berkenan, ada juga pilihan lain iaitu Creamy Mango Tango (RM15.80) dan Pineapple Lemony Tea (RM12.80).

Oh ya, jangan tunggu untuk mencuba Festive Sharing Platters! Ianya dijual hanya sehingga 17 Julai. Selain itu, chef mengambil masa yang panjang bagi memastikan setiap daging yang dimakan dimasak dengan sempurna.

Ada berkemungkinan juga akan kehabisan sebelum waktu malam. Ini kerana daging yang dimasak setiap hari adalah terhad juga! Brisket terutamanya tidak akan dimasak berlebihan kerana tidak boleh disimpan semalaman.

Akhir kata, selamat menyambut bulan Syawal daripada KAKI SINI!

Facebook Comments